Tan Sri Muhammad Ali Hashim
PUTRAJAYA:
Bekas Ketua Pegawai Eksekutif Johor Corp (JCorp), Tan Sri Muhammad Ali
Hashim mengesahkan telah mengembalikan tiga darjah kebesaran negeri
Johor, semalam.
Menurutnya,
tindakan itu diambil ekoran tidak dapat menerima tuduhan yang dibuat
oleh Setiausaha Jumaah Majlis Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli, 5
Disember lalu.
Sebelum
ini, Abdul Rahim mendakwa artikel Menuntut Hak, Menebus Masa Silam
tulisan Muhammad Ali yang disiarkan Sinar Harian, dikhuatiri boleh
menimbulkan persepsi negatif terhadap institusi diraja negeri Johor.
"Saya sangat memandang berat dan serius tuduhan terhadap diri saya yang mencemar nama baik dan reputasi saya.
"Saya
mengesahkan bahawa saya telah mengembalikan semua darjah terbabit pada
27 Disember 2013 (semalam)," katanya kepada Sinar Harian Online, hari
ini.
Darjah
terbabit adalah Darjah Dato' Seri Paduka Mahkota Johor (SPMJ), Darjah
Dato' Paduka Mahkota Johor (DPMJ) dan Setia Mahkota Johor (SMJ).
Menerusi
surat bertarikh 18 Disember lalu kepada Abdul Rahim, Muhammad Ali yang
juga Presiden Dewan Perdagangan Islam Malaysia (DPIM) telah memberi
penjelasan mengenai penulisan artikel itu.
"Saya
telah memberi penjelasan mengenai penulisan artikel terbabit, juga
dengan tegas menolak dakwaan atau tanggapan bahawa sajak itu mengandungi
apa-apa motif seperti yang digambarkan.
"Melalui
kenyataan media ini, saya minta masyarakat umum khasnya rakyat negeri
Johor membaca artikel itu dan menilai sendiri sama ada penulisan itu
mengandungi unsur menderhaka kepada raja atau tindakan tidak
bertanggungjawab atau bertentangan dengan Rukun Negara," katanya.
Beliau memuatkan sajak tulisan anak bongsunya, allahyarham Khaled Ali yang antara lain menyebut 'Sultan yang adil adalah Sultan yang wajib disembah, Sultan yang zalim adalah Sultan yang wajib disanggah'.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.