Pada 24hb Disember lalu heboh satu dunia Presiden Emiriah Arab Bersatu
(UAE), Sheikh Khalifa Zayed Al Nahyan menyumbang sebanyak Dh36.6 juta
(RM32.9 juta) kepada misi bantuan kemanusiaan untuk mangsa banjir di
Malaysia.
Menurut laporan agensi berita UAE, bantuan berkenaan akan memanfaatkan
lebih 20,000 keluarga yang terjejas di Pahang dan Kelantan, baru-baru
ini. Bencana alam terbabit menyebabkan kemusnahan rumah dan kerosakan
harta benda.
Antara inisiatif yang akan dilaksanakan Persatuan Bulan Sabit Merah
(RCA) UAE, termasuk membaik pulih lebih 20,000 rumah yang musnah, selain
menyediakan barangan keperluan asas.
“RCA akan mendapatkan semua bekalan barangan berkenaan daripada pasaran tempatan,” katanya.
Menurut laporan itu, inisiatif berkenaan akan membolehkan lebih 100,000
mangsa banjir kembali ke rumah masing-masing dan menjalani kehidupan
seharian seperti biasa.
YB Fuziah Salleh sebagai wakil rakyat berstatus Ahli Parlimen Kuantan
yang bertanggung jawab dipilih rakyat maukan agar bantuan tersebut turut
dirasai oleh penduduk Kuantan yang amat teruk terkesan dan terjejas
dengan bencana banjir besar baru-baru ini.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.