Followers

Wednesday, December 11, 2013

'suka sangat kpd 'fitnah'....??? aduuiiiiiiiiii Mahkamah benar MP rayu kes saman Hamidah Hafiz Yatim

Pi Eem
 
Pi Eem's photo.

Mahkamah Rayuan hari ini membenarkan rayuan ahli parlimen Shah Alam Khalid Samad ke atas keputusan Mahkamah Tinggi Shah Alam dalam kes samannya terhadap bekas exco kerajaan Perak Datuk Hamidah Osman.


Saman berkenaan adalah berhubung perbuatan Hamidah yang meletakkan gambar di blog beliau yang menunjukkan Khalid mengenakan jubah paderi.

Hakim Datuk Mohamad Ariff Md Yusof yang mengetuai panel tiga hakim memerintah Hamidah untuk membayar kos RM 50,000 dan mengarahkan pembantu kanan pendaftar mahkamah menilai kerosakan.

"Mahkamah mendapati artikel dan gambar tersebut berunsur fitnah. Keputusan Mahkamah Tinggi salah dan diketepikan," katanya,

Dua panel lain ialah Datuk Mah Weng Kwai dan Datuk Abang Iskandar Abang Hashim.

Mahkamah Tinggi Shah Alam pada 12 Julai lalu menolak kes ini atas alasan bahawa pihak plaintif gagal menunjukkan tulisan asal yang dimuatkan di blog itu.

Pesuruhjaya Kehakiman Hashim Hamzah dalam penghakiman berkenaan memerintahkan Khalid membayar kos RM20,000.

Hashim bagaimanapun tidak menyatakan keseluruhan asas penghakiman berkenaan pada masa itu.

Khalid yang memfailkan saman tersebut pada Januari 2010 mendakwa gambar yang diubahsuai itu menunjukkan beliau seorang paderi dan murtad dari agama.

Khalid diwakili peguam Mohd Hanipa Maidin dan Azhana Mohd Khairuddin manakala Hamidah diwakili Wan Azmir Wan Majid.
Pi Eem's photo.
 
Boleh pulak nak dirayu - Kes PKFZ dan Pembunuhan Al Tantuya - KENAPA PENDAKWARAYA tidak RAYU ???? - Tunggu lah AZAB DARI ALLAH SWT pada mereka mereka yang bersekongkol dengan mereka2 yang secara jelas dan terang bersalah.... 
 
SEMUGA ALLAH SWT MELAKNATI kalian yang bersubahat dengan KEZALIMAN - termasuk Hakim - Pendakwaraya - Peguan Negara....dan semua yang sewaktu dengan nya.... 
 
AMINN YA RABBAL ALAMINNN.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.