Followers

Wednesday, December 11, 2013

Astro Awani Padam Berita Sensasi Ini Posted by Addin Deen


Dua hari lalu, Astro Awani ada menyiarkan satu laporan di portal rasminya berhubung cadangan seorang wartawan veteran agar Rosmah dilantik menjadi menteri bagi menggantikan menteri² yang tidak berkesan (effective) di dalam menjalankan tugas.

Difahamkan laporan berita itu telah ditarik balik selepas pihak Astro Awani menerima satu panggilan telefon dari pejabat Perdana Menteri.

Bagaimanapun setakat artikel ini ditulis, carian di enjin pencarian Google, menggunakan keywords "Astroawani Rosmah Menteri" masih memaparkan artikel tersebut dalam pengkalan data simpanan Google.

Ini menunjukkan Astro Awani turut menjadi mangsa kongkongan pemerintah sekaligus menjejaskan kebebasan bersuara penyiar berita tersebut yang tidak kurang berpengaruh di negara ini.

Ini sekaligus menunjukkan wajah sebenar Astro Awani yang kononnya mahu mencipta kredibiliti sebagai penyiar berita yang bebas.

Sunday, December 8, 2013

Rosmah Mansor dicadang ganti Muhyiddin dan lain-lain Menteri oleh Bekas Ketua Pengarang NST..

Gugurkan Menteri-menteri yang tak boleh menjalankan tugas mereka dan gantikannya dengan Rosmah Mansor..

Satu cadangan yang amat baik dari Bekas Ketua Pengarang Kumpulan New Straits Times Press..

Daripada Kerajaan menghabiskan duit membayar gaji mereka, lebih baik pecat saja mereka-mereka ini..

Kerana selama ini Rosmah Mansor telah membuktikan kepada kita beliau mampu menjalankan tugas sebagai Menteri Luar Negeri, Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat dan juga Menteri Pelajaran..

Daripada Rosmah menyibuk tak tentu hala dalam pentadbiran Kerajaan, sewajarnya beliau dilantik bagi menggalas tugas-tugas itu..

Lagipun tak ada faedahnya jika dikekalkan Menteri-menteri yang bangang dan tak tahu buat kerja tu, sebab Rosmah lebih cerdik dari mereka..

Dan macai tentu suka...


PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa 
DALAM banyak-banyak tajuk berita media arus perdana dan media baru mengenai Perhimpunan Agung Umno (PAU) yang berakhir semalam, satu yang menjadi bahan perbualan adalah puji-pujian yang Presiden Umno merangkap Perdana Menteri, Mohd Najib Abdul Razak curahkan kepada isterinya, Rosmah Mansor.


Berucap menggulung perbahasan pada 7 Disember, Mohd Najib memuji Rosmah kerana jasanya kepada negara.

Dia menyebut dua peristiwa di mana Rosmah membantu negara. Pertama, menolong membebaskan seorang pelajar Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Mesir kerana disyaki pengintip.

Kedua, menggunakan hubungan baiknya dengan keluarga Diraja Arab Saudi bagi membenarkan pelajar Malaysia yang lari daripada pemberontakan Mesir untuk masuk ke negara itu tanpa visa.

Berpandukan maklumat Mohd Najib itu, eloklah beliau menimbang semula kedudukan Menteri Luar Negeri, Anifah Aman kerana ternyata beliau tidak seberkesan Rosmah dalam menyelesaikan krisis antarabangsa.

Begitu juga Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian, Mustapa Mohamed, MenteriPembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat, Rohani Abdul Karim dan Menteri Pelajaran, Muhyiddin Mohd Yassin kerana Rosmah juga terlibat di sana-sini dalam tugas-tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri-menteri berkenaan.

Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri-menteri yang tidak “perform” dan sekali gus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian.

Saya dah berbuih mulut macam lembu kena penyakit kuku dan mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik, dilantik jadi menteri.

Malah menjadi Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

Walaupun PRU telah berlalu, PM dan penyokong-penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau Senator dan seterusnya menteri.

Apabila ini dilakukan, tidak ada siapa boleh membantah campur tangan beliau atau menuduh suami beliau dan Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan beliau menggunakan kemudahan kerajaan.

Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-tugas Khas.

Tetapi saya sangat kecil hati dengan salah seorang penyokong PM yang menuduh semua lelaki, kecuali Mohd Najib tidak sayangkan bini.

Saya bantah sekeras-kerasnya tuduhan beliau itu.
Media massa melaporkan wakil Wilayah Persekutuan, Affandi Zahari sebagai berkata bahawa isteri Perdana Menteri elok dibenar menggunakan jet eksekutif kerajaan demi memberi ketenangan kepada suaminya.


“Bolehkah anda bayangkan tekanan emosi yang Perdana Menteri Mohd Najib Abdul Razak akan tanggung sekiranya sesuatu yang buruk berlaku kepada isterinya ketika terbang dengan pesawat komersial?” kata beliau.

Menurut laporan, Affandi berhujah sedemikian bagi mempertahankan Rosmah yang dikritik kerana menggunakan jet eksekutif kerajaan untuk perjalanannya.

Kata Affandi, kalau Rosmah berada dalam jet eksekutif, Mohd Najib tidak perlu bimbang keselamatannya dan menambah, yang orang bodoh pun tahu terbang dengan jet eksekutif lebih mahal daripada terbang dengan jet komersial, tetapi kita kena lihat aspek keselamatan.

"Bayangkan tekanan emosi ke atas PM jika sesuatu (yang buruk) berlaku kepada isterinya. "Dia sayangkan isterinya, tidak seperti lelaki-lelaki lain.”

Tidak mengapalah kalau Affandi hendak pertahankan Mohd Najib dan Rosmah. Itulah pun tugas pembahas PAU.

Tetapi kalau benar dia mengatakan lelaki-lelaki lain tidak sayang (love) isteri, saya rasa itu satu cemuhan dan penghinaan yang sangat dahsyat.

Takkanlah Osman Koping (tu bulan tu bintang, atas pokok kayu ara, tu dia sudah datang, orang korporat kampung kita – seloka Johan Jaaffar) tak “love” bini?

Cuma sebagai penggali kubur (yang mengaku ahli korporat) tentulah Osman Koping tidak mampu membayar isterinya terbang dengan jet eksekutif tidak kira sehebat mana “love” dia kepada isterinya.

Nenek moyang kita yang bijaksana dan budiman mengingatkan kita tentang sokong yang membawa rebah.

Wallahuaklam

~ A. Kadir Jasin

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.