Followers

Friday, December 27, 2013

Seluruh rakyat wajib ambil tahu........

 

Ini kes besar, Anwar Ibrahim perlu bersuara, bantu Rafizi. Rakyat wajib tahu

Ini kes besar, Anwar Ibrahim perlu bersuara... bantu Rafizi. 
 
 
Rafizi Ramli, Pengarah Strategi
Penjualan Aset Negara: Kerajaan Tidak Menafikan Malah Cuba Memberi Alasan

Kenyataan rasmi Kementerian Kewangan mengenai kontroversi penjualan dan penggadaian aset negara untuk mencapai sasaran defisit tidak sedikit pun menafikan laporan Bank Dunia bahawa perkara-perkara berikut telah berlaku:

1. Kerajaan tidak akan mencapai sasaran defisit yang diumumkan jika pendapatan tambahan yang tidak dirancang di dalam Belanjawan 2013 sebanyak RM11.8 bilion diperolehi;

2. Kerajaan terpaksa menjual aset negara sebanyak RM1.4 bilion untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

3. Kerajaan terpaksa menggadaikan portfolio pinjaman perumahan kakitangan kerajaan sebanyak RM4.2 bilion melalui pensekuritian pinjaman perumahan (securitization of mortgages) untuk mendapatkan pendapatan tambahan itu;

Sebaliknya, Kementerian Kewangan hanya memberikan alasan bahawa penjualan aset dan pensekuritian pinjaman perumahan kakitangan kerajaan adalah satu perkara biasa dan telah pun berlaku sebelum ini.



Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.