KUALA LUMPUR 25DIS: Solidariti Anak Muda Malaysia (SAMM) akan
melancarkan kempen ‘Nyah Taib’ di Kuching, Sarawak, 29 Disember ini,
kata penyelaras kebangsaan NGO itu, Badrul Hisham Shaharin.
SAMM dalam kenyatannya berkata, ‘Nyah Taib’ bagi memberi tekanan kepada
Ketua Menteri paling lama yang terpalit dengan rekod rasuah dan salah
guna kuasa sepanjang kekuasaannya.
“Telah beberapa kali (Taib) berjanji untuk bersara, namun sehingga kini
sering mengelak dengan perbagai alasan,” kata atau Badrulhisham yang
lebih dikenali dengan nama Chegubard.
Katanya, pelancaran bakal disertai 11 penyelaras dan pengarah SAMM
Kebangsaan sempena lawatan kerja ke Sarawak bermula 27 hingga 30
Disember.
Tambah Chegubard, lawatan kerja dibuat sebagai pemahaman kepada
penyelaras SAMM dari seluruh Malaysia untuk memahami isu akar umbi
Sarawak.
Beliau turut menyeru seluruh rakyat Sarawak untuk turun ke akar umbi
bagi menyedarkan rakyat mengenai kepincangan dan keterlaluan Taib
bersama keluarganya mengumpul harta kekayaan.
“Satu kempen kesedaran perlu dilakukan dari sekarang demi mempertingkatkan tahap pendidikan politik pengundi,” kata Chegubard (gambar).
Dalam pada itu katanya, media pro-Taib telah mula menuduh lawatan kerja
SAMM sebagai persediaan KEADILAN Sarawak mengadakan demonstrasi pada 29
Disember di hadapan rumah Taib.
“Besar kemungkinan juga beberapa pemimpin SAMM akan dihalang dari memasuki Sarawak.
“Namun SAMM yakin dengan kebijaksanaan pasukan keselamatan dapat menjalankan tanggungjawab secara profesional,” katanya.
Short URL: http://www.keadilandaily.com/?p=57657
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.