Followers

Friday, December 13, 2013

Rayuan kes Anwar saman Nalla 11 Februari


KUALA LUMPUR - Rayuan yang dikemukakan oleh pihak-pihak yang terlibat dalam kes saman fitnah RM100 juta, Datuk Seri Anwar Ibrahim terhadap bekas rakan baiknya, Datuk S. Nallakaruppan atas dakwaan mengaitkannya dengan aktiviti biseksual, akan didengar oleh Mahkamah Rayuan pada 11 Februari tahun depan.

Dalam saman tersebut, Ketua Pembangkang itu menyaman Nallakaruppan yang juga Presiden Parti Bersatu India Malaysia (MIUP), Utusan Melayu (M) Bhd. (UMMB), dan Ketua Pengarangnya.

Rayuan kes Anwar saman Nalla 11 FebruariPada pengurusan kes di Mahkamah Tinggi di sini hari ini, Pesuruhjaya Kehakiman, Vazeer Alam Mydin Meera menetapkan 14 Februari tahun depan pengurusan kes di hadapan beliau bagi mengetahui perkembangan rayuan tersebut.

Ketiga-tiga pihak dalam saman tersebut mengemukakan rayuan berhubung keputusan Vazeer Alam pada 26 Disember tahun lalu.

Nallakaruppan dan UMMB mengemukakan rayuan terhadap perintah Vazeer Alam yang membenarkan permohonan Anwar untuk membatalkan beberapa perenggan dalam pernyataan pembelaan bekas Pengarah Eksekutif Magnum Corporation Bhd. (Magnum), itu.

Anwar pula merayu terhadap perintah mahkamah tersebut yang mengekalkan sebahagian besar pembelaan Nallakaruppan dan UMMB yang dinamakan sebagai pihak defendan.

Penasihat Parti Keadilan Rakyat (PKR) itu tidak berpuas hati kerana Nallakaruppan dan UMMB telah bergantung sepenuhnya kepada penghakiman Mahkamah Persekutuan dalam kes liwat pertama yang dihadapinya pada tahun 2004.

Anwar memfailkan saman pada 26 Mac 2012 berhubung petikan ringkas yang disiarkan oleh akhbar Utusan Malaysia pada 20 Mac 2012 di muka surat hadapan bertajuk Anwar biseksual, tak boleh jadi Ketua Pembangkang - Nalla dan berita penuh di muka surat enam bertajuk Nallakaruppan tuduh Anwar biseksual. - Utusan

Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.