Kontraktor
yang membina Hospital Serdang bernilai RM690 juta enggan mengulas
rentetan insiden siling runtuh di situ sejak 2011, enam tahun selepas
pusat perubatan itu beroperasi.
Ketika dihubungi, Ranhill Bhd enggan mengulasnya dan menegaskan, perkara itu masih dalam siasatan Jabatan Kerja Raya (JKR).
Menurut
laporan tahunan Ranhill, yang diterbitkan sebelum penyahsenaraian
konglomerat itu pada 2011, kerja-kerja itu dilaksanakan oleh anak
syarikatnya Ranhill Civil Sdn Bhd.
Walaupun Ranhill Civil sudah dibubarkan, Malaysiakini
difahamkan, badan induknya masih mempunyai wakil dalam mesyuarat
bersama JKR berhubung insiden yang menimbulkan kemarahan awam itu.
Menteri Kesihatan Datuk Seri Dr S Subramaniam pada 13 Disember lalu berkata, kementeriannya akan mengambil tindakan tegas, termasuk menyaman kontraktor Hospital Serdang ekoran insiden runtuhan siling di hospital itu.
Tanpa
menyebut nama syarikat itu, beliau berkata, kementerian tidak
menyembunyikan isu ini dan kontraktorlah yang bertanggungjawab terhadap
bangunan itu.
Malaysiakini
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.