Apabila
sampai masanya semua makhluk akan menemui tuhannya. Semuanya akan
tinggal, melainkan tiga perkara: Amal jariah, ilmu yang bermanfaat dan
anak soleh yang mendoakan kedua ibu bapa.
Ku lihat sepintas lalu jasad
yang sedang disempurnakan kafannya sebelum didirikan solat untuknya.
Juga semasa aku meninjau ninjau tempat permandian si arwah, aku
melintasi peralatan pengkafanan yang telah disediakan terlebih dahulu
sebelum mayat dimandikan.
Dari
jauh ku teliti apa yang telah disediakan, oo, sama seperti pada
kebiasaannya. Cuma yang aku masih tertarik ialah turut disediakan serban
bagai tujuan dipakaikan kepada mayyit tersebut.
Aku telah lihat serban
untuk mayyit beberapa kali sebelum ini.
Mengapa
dipakaikan serban apabila sudah arwah? adakah itu satu pengiktirafan
bahawa serban itu perlu bagi seseorang di alam akhiratnya?
Mengapa kau tidak pilih menyerbankan kepala mu semasa kau hidup, tetapi diserbankan ketika kau dalam kubur?
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.