Followers

Sunday, December 8, 2013

Pecat beberapa menteri, gantikan dengan Rosmah, kata A.Kadir Jasin

 
Dua jasa besar Rosmah Mansor yang diceritakan Najib mengundang kritikan. Hari ini Datuk A. Kadir Jasin menggesa Datuk Seri Najib Razak mengkaji semula peranan menteri-menteri Kabinet serta melantik Datin Seri Rosmah Mansor sebagai menteri.

Dah jadi menteri, tiada pihak yang boleh membantah campur tangan Rosmah. Tuduhan kepada Najib dan anggota Kabinet menyalahgunakan kuasa dengan membenarkan penggunaan kemudahan kerajaan dapat dielakkan.

“Saya dah berbuih mulut mencadangkan agar Rosmah masuk politik dan dilantik menjadi menteri. Malah ke jawatan Perdana Menteri jika mendapat kepercayaan rakyat jelata.

“Walaupun pilihan raya umum telah berlalu, Najib dan penyokong Rosmah masih boleh melakukannya dengan melantik beliau sebagai senator dan seterusnya menteri. Jawatan yang sesuai bagi beliau ialah Menteri Tugas-Tugas Khas,” katanya dalam tulisan di blognya bertajuk “PAU 2013: Antara Cinta dan Jasa”.

Kadir berkata lagi, berdasarkan sumbangan Rosmah tersebut adalah lebih baik Najib menimbang semula kedudukan Menteri Luar Datuk Seri Anifah Aman dan Menteri Pendidikan Tan Sri Muhyiddin Yassin.

“Begitu juga kedudukan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datuk Seri Mustapa Mohamed dan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Rohani Abdul Karim kerana Rosmah juga terlibat di sana sini dalam tugas yang sepatutnya dilaksanakan oleh menteri berkenaan.

“Dengan cara ini kita boleh menggugurkan menteri yang berprestasi rendah sekaligus menjimatkan perbelanjaan negara dengan mengurangkan bilangan kementerian,” katanya dipetik The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.