Followers

Sunday, December 8, 2013

BANJIR!... RAKYAT DAH KENA MAIN

 

 
KEMAMAN – Cadangan segelintir mangsa banjir agar kerajaan menyediakan khemah di pusat pemindahan untuk setiap keluarga terutama bagi ibu yang menyusu bayi akan dipertimbangkan.

Ahli Parlimen Kemaman, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek bagaimanapun berkata, langkah membekalkan khemah kepada setiap keluarga seperti yang dipraktikkan di Jepun kepada mangsa gempa bumi agak tidak praktikal di negara ini yang berbeza iklim dengan negara matahari terbit itu.


Katanya, sekiranya mangsa banjir perlu tinggal lebih lama di pusat pemindahan mungkin tilam yang lebih selesa perlu dibekalkan berbanding penyediaan khemah.


“Ramai yang suruh kerajaan bekalkan khemah kepada setiap keluarga tapi kalau beri khemah mungkin disuruh pasang pendingin hawa pula kerana suhu di negara ini panas berbeza dengan Jepun yang suhunya sejuk.


“Jika pasang khemah, mungkin orang ramai boleh duduk selama sejam sahaja paling lama kerana panas,” katanya ditemui di pusat pemindahan SK Seri Geliga Kemaman selepas makan bersama mangsa banjir di situ semalam.


Pelik kan... bekal khemah tak sesuai. Mungkin agaknya dalam pemikiran menteri cap ayam ini bahawa ianya suatu pembaziran tapi k-pop tidak pula dikatakan membazir... Puiii!...
 


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.