Guru penolong kanan terlampau Lizah dan Muhamad Usman dihadapkan ke mahkamah majistret semalam.
AYER KEROH:
Seorang guru penolong kanan dan kekasihnya yang merupakan warga
Pakistan dihadapkan ke mahkamah majistret di sini, semalam atas
pertuduhan merakam video lucah di dalam sebuah rumah, November lalu.
Tertuduh,
Lizah Buang, 49 dan Muhamad Usman Ali Liqat, 27, bagaimanapun mengaku
tidak bersalah selepas mengangguk faham pertuduhan yang didakwa ke atas
mereka di hadapan Majistret, Mohd Firdaus Saleh.
Berdasarkan
pertuduhan, Lizah dan Muhamad Usman didakwa bersama-sama merakam video
lucah atau yang bertentangan dengan kesopanan awam.
Kedua-duanya
didakwa melakukan kesalahan itu di sebuah rumah di Pangsapuri Bukit
Beruang Utama kira-kira jam 8.30 pagi pada 16 November 2013.
Mereka
dituduh mengikut Seksyen 5(1)(b) Akta Penapisan Filem 2002 dan dibaca
bersama Seksyen 34 Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman denda
antara RM10,000 hingga RM50,000 atau penjara maksima lima tahun atau
kedua-duanya sekali.
Terdahulu,
Timbalan Pendakwa Raya, Norshazwani Ishak ketika pendakwaan meminta
mahkamah memberikan jaminan RM3,000 terhadap Lizah, namun membantah
jaminan terhadap Muhamad Usman yang merupakan warga asing.
Bagaimanapun,
Lizah ketika rayuan memohon supaya jumlah wang jaminan dikurangkan
memandangkan dia menanggung enam anak serta suaminya yang sakit dan
tidak bekerja.
Sementara itu, Muhamad Usman juga merayu supaya
dibenarkan jamin terhadapnya yang mempunyai isteri di Pakistan.
Selepas
mendengar rayuan tertuduh, Mohd Firdaus kemudian membenarkan Lizah
diikat jamin RM2,500 sementara Muhamad Usman RM10,000 dengan dua
penjamin serta syarat melaporkan diri di balai polis berhampiran sebulan
sekali.
Tarikh sebutan kes bagi lantikan peguam ditetapkan pada 23 Januari 2014.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.