Followers

Monday, December 9, 2013

MCA Tuntut Kuasa Lebih Besar Dari Umno Wee: Biarlah MCA bantu Umno

Photo: Sunday, 8 December 2013.

MCA Tuntut Kuasa Lebih Besar Dari Umno

Wee: Biarlah MCA bantu Umno

Calon bagi jawatan timbalan presiden MCA Datuk Wee Ka Siong berkata, beliau percaya bahawa sasaran jangka pendek partinya buat masa ini adalah untuk meyakinkan Umno bahawa politik bukanlah mainan campur-tolak.

Wee dalam satu wawancara dengan Malaysiakini berkata, sekiranya Umno memberi lebih banyak kuasa kepada MCA, ia akan meraih lebih banyak sokongan dari masyarakat Cina yang akan memberi keuntungan kepada kedua-dua parti dan juga BN.

Beliau menjelaskan Umno kehilangan beberapa kerusi dengan perbezaan hanya 1,000 undi. Katanya, peningkatan sokongan masyarakat Cina kepada BN tentunya akan memberi kemenangan kepada parti itu.

"Jika BN boleh berkongsi sokongan Cina sebanyak 10 perauts dalam pilihan raya umum akan datang, BN akan merampas semula beberapa kerusi,” katanya yang menambah, ia tidak akan menyebabkan Umno kehilangan sokongan di kubu kuatnya.

Pada masa ini, Umno menguasai kira-kira 70 peratus dari undi Melayu di kawasan yang dimenangi namun menurut Wee, jumlah itu tidak dapat ditingkat lagi.

Oleh itu, Umno perlu bergantung dengan sokongan bukan Melayu sekiranya ingin melihat BN mencapai prestasi lebih baik, katanya.

Ahli politik veteran itu, yang merupakan salah seorang dari tujuh MP MCA, berpendapat bahawa parti berkenaan perlu mengubah cara mereka berhubung dengan Umno.

Wee, 45, berkata MCA juga perlu bekerja dengan lebih efektif dalam isu melibatkan masyarakat Cina.

“Jika 30 hingga 50 dari 100 isu yang dikemuka ke MCA dapat diselesaikan, (masyarakat Cina) akan melihat keikhlasan kita. 

“Kemudian, MCA akan dianggap sebagai parti yang kuat,” katanya.

Posted by Jeebond BLM

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.