Followers

Wednesday, December 25, 2013

Masih Ingat Kepada (al Marhum) Jalil Ibrahim Yg Dibunuh! - hishamahmad

 
 
 
Masih segar diingatan kita kes seorang pegawai bank dibunuh oleh pengawal keselamatan. Alhamdulillah, yang disyaki telah ditangkap dan akan/telah didakwa. Inilah jenis kes ‘harap pagar, pagar makan padi’.
 
Jangan kita lupa bahawa sebelum itu, ada kes pegawai besar Kastam, dimuliakan dengan gelaran “Mr Clean” telah di tembak mati. 
 
Kes ini, penjahatnya masih belum ditangkap, orang disyaki masih tidak lagi diketahui. 
 
Kita mengharap pihak berkuasa segera menangkap mereka yang terlibat dalam menganiaya dan menzalimi pegawai yang dimuliakan dengan gelaran mulia itu. 
 
Adakah terdapat unsur khianat, rasuah, salahguna kuasa dan lain-lain yang menyebabkan mangsa yang tidak dapat berkompromi dibunuh? 
 
Moga Allah merahmati almarhum dengan title syuhada’.

Di sini, saya juga mahu dan menyeru kita semua agar jangan sekali-kali melupakan segala unsur ketirisan dan penyelewengan yang berlaku dalam negara melibatkan agensi dan jabatan kerajaan akibat “tangan-tangan yang tidak jujur atau hati-hati yang kotor” seperti dilaporkan dalam Laporan Ketua Audit Negara. 
 
Seluruh rakyat mesti menunjukkan rasa tidak setuju secara jelas dan bersungguh-sungguh agar perkara ini tidak berlaku lagi. 
 
Ini adalah pengkhianatan wang rakyat... dan kesannya sangat besar.

Segala unsur rasuah dan tidak amanah sangat di benci oleh Allah swt. 
 
Kesannya juga menyebabkan orang-orang susah yang sepatutnya dapat menikmati sebahagian daripada wang-wang rakyat itu tidak dapat menikmatinya, atau hanya mendapat sedikit daripadanya kerana wang itu telah hilang atau terbazir ditempat yang sia-sia.

Bahkan, kesannya juga menyebabkan manusia-manusia baik dan tidak berdosa menanggung akibatnya.

Masih ingatkah anda kepada kes ‘high profile’ skandal melibatkan Bank Bumiputra Malaysia Finance bernilai RM2.5 bilion yang menyebabkan pembunuhan seorang eksekutif pengurusan muda bernama Jalil Ibrahim

Tonton : The Murder Of Jalil Ibrahim.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.