Followers

Monday, December 2, 2013

Laporan Audit: PAC panggil Finas, Universiti Malaysia Terengganu Dan JKR Posted by Addin Deen

Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC) akan memanggil tiga lagi agensi di bawah kementerian iaitu Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas), Jabatan Kerja Raya (JKR) dan Universiti Malaysia Terengganu berhubung laporan Ketua Audit Negara Siri 3, kata Datuk Nur Jazlan Mohamed (gambar).

Pengerusi PAC itu berkata, ketiga-ketiga agensi berkenaan dipanggil kerana tidak mencapai rating yang tidak memuaskan hasil daripada laporan Ketua Audit Negara Siri 3 yang dikeluarkan hari ini.

"Daripada mesyuarat Jawatankuasa PAC kita mengambil keputusan akan memanggil Finas yang di bawah Kementerian Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia, JKR dan Universiti Malaysia Terengganu pada Januari depan.

"Kita dapati ketiga-tiga agensi itu harus memberi penerangan kepada PAC termasuk mengenai peningkatan kos projek Lebuh Raya Timur sebanyak RM900 juta daripada kos asal, " katanya pada sidang media di Parlimen sebentar tadi. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.