Premis P1 Wimax Musnah Dirempuh
Kereta…Tak Sengaja Atau Terlalu Marah?- Kemarahan pengguna terhadap P1
Wimax nampaknya kian meluap-luap dan sekarang dah sampai tahap meletup!
Sebelum ini
ada yang bertindak menghasilkan page Facebook P1 Wimax Sucks di mana
para pengguna yang sakit hati dengan perkhidmatan ini berkongsi
pengalaman masing-masing. Manakala beberapa hari lalu, seorang pelanggan telah datang mengamuk di kaunter penyedia perkhidmatan internet ini di Selayang Mall hingga mencetuskan kegemparan di sana.
Terbaru, sebuah outlet P1 Wimax di Damansara pula dikatakan hancur dilanggar seorang pelanggan dengan kereta.
Adakah ini hanya sebuah kemalangan biasa atau sebaliknya?
Isk, kalau dah sampai sanggup jahanamkan kereta sendiri untuk tunjukkan perasaan ini bermakna pengguna tersebut memang dah terlalu makan hati dengan syarikat ini.
Dari satu segi, memanglah tindakan mewujudkan page mengutuk P1 Wimax di Facebook, mengamuk di kaunter dan memecahkan kedai adalah perbuatan yang salah.
Tapi dari sudut lain, ini merupakan petanda bahawa pengguna sudah terlalu meluat jadi pihak berkuasa seperti SKMM patut segera tampil membantu pengguna yang berasa diri mereka teraniaya. ~panggungopera
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.