Followers

Thursday, December 19, 2013

Ahli Parlimen BN Pun Tertipu Dengan Najib Posted by Addin Deen

Ahli Parlimen Kepala Batas daripada Barisan Nasional (BN) Datuk Seri Reezal Merican Naina Merican (gambar) mengingatkan semula kerajaan agar mengkaji semula cadangan kenaikan kadar tol kerana parti pemerintah itu semasa kempen Pilihan Raya 2013 lalu berjanji secara spesifik akan mengurangkan tol secara berperingkat.


Reezal mengulas kenyataan menteri yang mengatakan kenaikan harga tol akan berlaku di 13 lebuh raya bermula Januari 2014.


"Dalam konteks tol, di bawah tajuk 'Pembangunan Infrastruktur Bertaraf Dunia dan Pembangunan Luar Bandar', untuk 'mengurangkan tol antara bandar secara berperingkat'.

"Saya menaruh keyakinan bahawa Perdana Menteri akan melihat perkara ini dengan lebih komprehensif. Apabila Perdana Menteri umum 'kos sara hidup' sebagai agenda utama akujanji, ia pasti diberi perhatian oleh kerajaan," katanya dipetik daripada akhbar Sinar Harian.



Selain itu, Reezal turut menyeru Kementerian Kerja Raya membuat kajian lebih holistik sebelum menandatangani konsesi tol baharu pada masa akan datang.



"Ia perlu dilakukan dengan mengambil kira kadar keuntungan bersesuaian kepada syarikat konsesi berkaitan. Antara lebuhraya baharu dalam peringkat kajian, Lebuhraya Bertingkat Damansara-Shah Alam (DASH), Lebuh raya Kinrara-Damansara (Kidex) dan Lebuh raya Sungai Besi-Ulu Kelang (Suke) mempunyai implikasi kewangan 'harian' kepada pengguna," katanya.



Menurut bekas Setiausaha Politik kepada bekas Perdana Menteri Tun Abdullah Badawi itu, Kementerian Kerja Raya perlu menyatakan kepada umum mengenai status kajian penstrukturan kadar tol Besraya, Lebuhraya Damansara-Puchong (LDP) dan Lebuhraya Baru Pantai (NPE).



"Rakyat wajar diberikan pencerahan mengenai kajian semula, apatah lagi ia dinyatakan secara spesifik dalam Pelan Perancangan Strategik Kementerian Kerja Raya.



"Rasionalisasi subsidi mesti dilakukan secara berhati-hati agar ia tidak membebankan rakyat dalam apa jua keadaan. Berdasarkan maklum balas rakyat, mereka terbeban dengan apa yang berlaku akhir-akhir ini," katanya.

Sebelum ini, Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Abdul Wahid Omar mengatakan kerajaan akan menyediakan jalan alternatif kepada pengguna yang sedia membayar dengan kadar premium.

"Bagi mereka yang fikirkan ia terlalu mahal, mereka ada pilihan untuk tidak gunakan jalan tersebut," kata Abdul Wahid di Putrajaya baru-baru ini.

Abdul Wahid juga berkata, pihak konsesi perlu menjalankan kajian daya saing untuk memastikan sama ada pengguna dapat menerima kadar tol baru yang dicadangkan sebelum ia dilaksanakan.

Semalam Menteri Besar Selangor Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim mengarahkan lembaga pengarah Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS) untuk menghalang kenaikan tol di lebuh raya negeri itu.

Abdul Khalid berkata, langkah tersebut diarahkan bagi memastikan rakyat negeri tersebut tidak terbeban akibat kenaikan tol di Selangor. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.