Followers

Friday, December 13, 2013

Isu Syiah: KDN perlu siasat juga Umno - kl-tODAY.COM

 

SEREMBAN – Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak sepatutnya memandang kepada pembangkang, sebaliknya perlu menyiasat kemungkinan ada pemimpin Umno yang menjadi pengikut ajaran Syiah. 

Naib Ketua AMK, Mohd Nazree Mohd Yunus berkata, adalah tidak adil apabila Syiah hanya dikaitkan dengan pembangkang, sedangkan sesiapa sahaja boleh terlibat dalam ajaran berkenaan, termasuk pemimpin atau ahli Umno.

Beliau turut menyifatkan isu Syiah sengaja dibangkitkan sesetengah pihak dengan membabitkan pemimpin dalam kalangan Pas bertujuan mewujudkan pandangan negatif rakyat terhadap parti itu.


“Saya dapati selepas Umno menang tipis pada PRU13 lalu, isu Syiah ini sengaja digembar-gemburkan, malah dikaitkan pula dengan pembangkang.


“Kita berpegang kepada (amalan) Ahli Sunnah Wal Jamaah,” katanya kepada Sinar Harian di sini, semalam.


Mohd Nazree berkata, sekiranya wujud penglibatan pemimpin Pas atau pemimpin pembangkang dengan ajaran Syiah, ia perlu dikemukakan dengan bukti jelas.


Bagaimanapun, katanya, pemimpin atau individu yang dituduh perlu diberi peluang mempertahankan diri kerana dikhuatiri ia sengaja dicipta oleh pihak tertentu.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.