PETALING JAYA:
Pelakon Rabecca Nur Al-Islam yang menang saman terhadap Erma Fatima
terkejut apabila menerima wang tuntutannya sebanyak RM11,200 dalam
bentuk wang syiling 5 sen.
Rabecca, 23, berkata,
pihak peguam Erma bersama beberapa pembantu menyerahkan wang tuntutan
berkenaan di pejabat peguamnya, Nordin Othman pada petang Selasa yang
dimasukkan dalam beberapa bungkusan termasuk sebuah kotak yang terdapat
Al-Quran.
"Apa maksudnya itu
apabila dia (Erma) membayar wang saman dengan cara begitu? Adakah dia
masih tidak berpuas hati dengan kekalahannya di mahkamah? Kenapa dia
perlu menghantar kitab Al-Quran kepada saya seolah-olah ingin sindir
saya?," katanya yang menghubungi mStar Online di sini pada Selasa.
Pada 8 November lalu,
Rabecca berjaya memenangi kes tuntutan terhadap Erma Fatima apabila
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur mengarahkan pengarah dan penerbit drama
itu mengembalikan baki jumlah wang lakonan Rabecca sebanyak RM11,200 (40
peratus berserta lima peratus faedah) daripada bayaran selain membayar
kos guaman kepadanya.
Kedua-dua artis itu sebelum ini pernah bertegang urat apabila Erma selaku pengarah drama Dejavu Di Kinabalu gagal
melunaskan baki bayaran lakonan pelakon itu sebanyak 40 peratus
sehingga menyebabkan Rabecca memfailkan saman pada 23 Julai 2013.
Dejavu Di Kinabalu diterbitkan
oleh Rumah Karya Citra (M) Sdn Bhd sebanyak 28 episod dan disiarkan
menerusi slot Akasia di TV3, bermula 18 Jun hingga 31 Julai 2012.
Tambah Rabecca, sekiranya Erma berbuat demikian kerana ingin menimbulkan kemarahannya, perkara itu tidak mungkin akan berlaku.
Sebaliknya, dia akan
memulangkan wang tersebut kepada Erma dan meminta penerbit dan pengarah
itu membayar wang tuntutannya dengan cara berhemah.
Dalam pada itu, Rabecca
mendakwa dia terkejut selepas mendapat tahu Erma cuba mempengaruhi pihak
atasan sebuah organisasi media agar tidak menyiarkan apa-apa berita
yang mengaitkan mereka berdua berhubung saman berkenaan.
"Saya tak faham kenapa
dia perlu berjumpa dengan pihak atasan media tersebut meminta mereka
tidak mengeluarkan berita tentang hal berhubung kekalahannya di
mahkamah?
"Biarlah... apa tindakannya sekalipun, ia tidak akan menjejaskan saya," tegasnya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.