Jarang-jarang
berlaku, sebuah keluarga India beragama Hindu memilih membalut keranda
ahli keluarganya yang meninggal dunia dengan bendera PAS.
Tiga keping gambar berkaitan dimuatkan dalam akaun Facebook Ahli Dewan Undangan Negeri Meru Dr Rani Osman semalam.
Ia
memaparkan mendiang Ketua Wanita Dewan Himpunan Penyokong PAS (DHPP)
Kota Raja, Letchumany Maniam diusung dalam keranda yang berbalut bendera
parti Islam itu.
Ia mendapat komen menggalakkan daripada penggguna laman sosial itu.
Ketua
Pemuda PAS Selangor Mohd Sany Hamzan memberitahu Malaysiakini, tindakan
ahli keluarga mendiang bertujuan menggambarkannya mendian g sebagai
pejuang PAS sejati walaupun beragama Hindu.
Tambahnya,
ia sekali gus, menunjukkan penerimaan yang cukup baik dari kalangan
bangsa lain terhadap parti itu daripada kalangan bukan Melayu.
"Apa
yang terbukti perjuangan apabila Ketua Wanita DHPP itu dibalut dengan
bendera PAS itu menunjukkan beliau seorang pejuang PAS sejati walaupun
duduk dalam PAS sebagai DHPP.
"Ia menunjukkan PAS sudah boleh diterima bukan Islam,” katanya lagi.
Ditanya
sama ada tindakan itu bertentangan dengan perjuangan PAS, Sany
menegaskan, ia tidak mempunyai sebarang kaitan dengan syiar Islam dan
tidak membawa kesan buruk.
"Tiada sebarang tanggapan negatif pada saya dan PAS sendiri,” katanya.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.