Pengarah Strategi KEADILAN, Rafizi Ramli akan ke Hong Kong awal Januari
2014 untuk memeriksa akaun bank Peguam Negara (AG), Tan Sri Abdul Gani
Patail.
Ini berikutan dakwaan dibuat dalam akuan bersumpah (SD) bekas pengarah
Jabatan Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim bahawa
wujud unsur rasuah dalam kes tuntutan bertindih Pulau Batu Puteh hingga
negara kalah di dalam tuntutan tersebut.
“Saya akan ke sana pada awal
tahun hadapan (Januari) memandangkan sekarang penduduk Hong Kong sibuk
membuat persiapan Krismas.
“Masa yang sesuai dalam minggu pertama atau kedua
Januari,” kata Rafizi kepada Keadilandaily ketika ditemui di ibu pejabat
KEADILAN.
Katanya, beliau akan tetap ke sana walaupun tidak mendapat surat kuasa daripada Gani.
“Saya sudah hantar surat rasmi kepada beliau pada 19 Disember lalu dan
hanya menunggu jawapan daripada pihak beliau berhubung syarat-syarat
yang saya tetapkan.
“Jika tidak mendapat surat kebenaran daripada beliau, saya akan
bekerjasama dengan pihak di Hong Kong bagi memastikan urusan siasatan
ini berjalan lancar,” ujarnya.
Menurut Rafizi, beliau sedang mencari masa yang sesuai dengan jabatan dan individu yang terbabit di sana.
“Siasatan melibatkan beberapa pihak dan salah satunya ialah ‘Security of Justice’,” katanya. ~kd
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.