Followers

Tuesday, December 31, 2013

Dr Asri tunjuk bukti kenyataan super bodoh menteri!! laniismaa

 
Dr Asri juga tak tahan dengan “kenyataan bodoh” yang ditunjukkan menteri-menteri…
 
Satu perkara yang perlu disedari oleh mereka yang menjawat jawatan menteri atau apa-apa jawatan tinggi dalam negara ini ialah rakyat negara ini sudah jauh lebih berpengetahuan dan bijak menilai dibandingkan dahulu. 
 
Ini disebabkan banyak faktor termasuk perkembangan teknologi maklumat terutama media sosial, latar pendidikan dan lain-lain.
 
DrMaza
 
Maka kenyataan kenyataan ‘tidak cerdik’ atau disebut dalam bahasa lunaknya ‘kenyataan tidak berasas’ atau dalam bahasa kasarnya ‘kenyataan bodoh’ oleh seorang menteri ataupun mereka yang berjawatan tinggi mungkin diterima pada zaman dahulu atas sikap feudalisme Melayu atau atas sebab kekurangan maklumat rakyat, namun hari ini kenyataan yang seperti itu hanya menjatuhkan nilai menteri yang terbabit dan memperlihatkan kerajaan tidak berkualiti kerana memilih mereka tidak ada kualiti untuk memimpin negara terutama di era ini..banyak kenyataan dari pihak kerajaan kebelakangan ini membentuk persepsi rakyat bahawa negara sedang dipimpin oleh mereka yang tidak berkelayakan..maaf ini sekadar pandangan saya seorang rakyat marhaen. 
 
– FB Dr Maza

-tranungkite-

Buek malu oghang nogori yo

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.