Pemimpin Pakatan Rakyat (PR) menyelar Datuk Ahmad Maslan berhubung
kenyataan timbalan menteri kewangan itu bahawa Cukai Barang dan
Perkhidmatan (GST) akan menurunkan harga barangan keperluan.
Setiausaha Publisiti DAP, Tony Pua, berkata Ahmad perlu “kembali semula ke sekolah dan belajar Matematik untuk menajamkan kemahiran aritmetiknya” kerana dia gagal untuk menunjukkan logik dalam kenyataannya semalam.

“Mengatakan harga akan turun selepas GST dilaksana menunjukkan
kualiti rendah beliau sebagai timbalan menteri kewangan,” kata Pua di
Kuala Lumpur.
Pua berkata, memang benar GST akan menggantikan cukai jualan dan perkhidmatan, tetapi, ia tidak bermakna cukai yang perlu dibayar rakyat Malaysia akan turun kerana dua jenis cukai akan digantikan dengan satu seperti dikatakan oleh timbalan menteri berkenaan.

Beliau berkata, walaupun cukai jualan kini merupakan 10%, ia
hanya dilaksanakan di peringkat pengeluar dan hanya terhad kepada produk
tertentu.
“Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,” katanya.
“Sedangkan GST akan dilaksanakan kepada semua produk kecuali beberapa yang dikecualikan. 10% yang dikutip daripada pengeluar mungkin tidak melebihi 6% daripada perucit,” katanya.
Memberikan contoh,
Pua berkata, pengeluar mungkin menjual produk kepada pengedar dengan
RM100 dan membayar 10% atau RM10 sebagai cukai jualan dan pengedar
kemudiannya menjual kepada peruncit dengan RM150 yang kemudiannya
menjual kepada pengguna dengan RM200.
“Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan,” katanya.
“Apabila GST dilaksanakan, 6% akan dikutip daripada RM200 atau RM12 dijual peruncit akhir. RM12 sangat jelas lebih daripada RM10 walaupun kadar GST hanya 6% berbanding 10% cukai jualan,” katanya.
Pua berkata, sudah jelas kerajaan
akan mengutip lebih banyak daripada GST berbanding cukai jualan dan
perkhidmatan (SST).
“Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion.
“Pada 2012, SST memberikan keuntungan kepada kerajaan sebanyak RM15.9 bilion.
Dengan pelaksanaan GST, kerajaan
dijangka akan mengutip RM33 billion apabila ia dilaksanakan
sepenuhnya.
“Jika harga tidak naik, jika rakyat tidak membayar lebih
disebabkan GST, bagaimana kerajaan boleh kutip lebih banyak cukai
daripada rakyat,” kata ahli Parlimen Petaling Jaya Utara itu.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.
Pengarah Strategi PKR, Rafizi Ramli bersetuju dengan kenyataan Pua dan terkejut dengan pendirian Ahmad berhubung GST.
Katanya, apa yang
dikatakan Ahmad hanya justifikasi akademik semata-mata dengan asas
pengeluar boleh menuntut kredit cukai maka mereka akan menurunkan harga
barang.“Ini hanyalah dongeng yang tidak akan menjadi realiti.
“Apa yang mereka tidak sedar pengeluar sekarang terdedah dengan pelbagai peningkatan kos kerana perkhidmatan dan barang yang digunakan dalam aktiviti pengeluaran mereka juga perlu dicukaikan dan ini sudah tentu memberikan kesan kepada kos.

“Ini bukan kebajikan tetapi perniagaan dan
keputusan menurunkan harga bukan disebabkan undang-undang,” kata Ahli
Parlimen Pandan penggal pertama itu.
Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.
Rafizi berkata, jika PR melihat GST daripada segi kepentingan politik, sudah pasti mereka akan membenarkan BN melaksanakannya dengan lebih awal.
“Mengapa? Kerana
pelaksanaan GST akan meningkatkan pelbagai harga barang dan akan
memberikan manfaat politik kepada PR,” katanya.
Bagaimanapun, katanya,
ini akan membebankan rakyat dan sebab itu PR menentangnya.
Ketua Wanita PAS, Siti Zailah Mohd Yusoff mahu Ahmad merenung kembali bagaimana kenaikan tarif elektrik dan kadar tol sudah menyebabkan kekecohan sebelum bercakap tentang GST.“Beliau harus fikir dahulu.

Jika
kita lihat negara lain yang melaksanakan GST, harga meningkat secara
mendadak.
GST akan meningkatkan harga dan kadar 6% terlalu tinggi
sedangkan kadar gaji orang ramai masih ditahap sama,” kata Ahli Parlimen
Rantau Panjang itu.
Semalam, Ahmad berkata, pembangkang akan “gagal dan
merana” kerana menyebarkan pembohongan tentang pengenalan GST pada 2015.
Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
Ketua penerangan Umno itu berkata, kerajaan cuba untuk menurunkan harga barang dengan pengenalan GST sementara PR pula sebaliknya, menolak inisiatif tersebut.
“Mereka akan gagal dan merana kerana berbohong kepada
rakyat,” kata Ahmad selepas merasmikan Bengkel Usahawan Melayu
Innovatif di Kuala Lumpur semalam.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun.
“Mengapa mereka tidak mahu GST? Kerana akhirnya harga barang akan turun.
Apabila harga barang dan
perkhidmatan turun, pembangkang tidak mempunyai modal untuk menyerang
kerajaan,” katanya.
Ahmad memberikan respon terhadap laporan The
Malaysian Insider semalam mengenai kempen PR menentang GST yang akan
menyaksikan road-show diadakan di seluruh negara. [TMI]
Saya tak bodoh! saya tak bodoh! CGPA saya 3.8 tau!
Kah...kah...kah...kah
Kah...kah..kah...kah
Hidup melayu!!! bangang mesti mau!
Saya tak bodoh! saya tak bodoh! CGPA saya 3.8 tau!
Kah...kah...kah...kah
Kah...kah..kah...kah
Hidup melayu!!! bangang mesti mau!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.