Followers

Thursday, November 21, 2013

V IDEO - Benarkah Mohamad Sabu tidak layak jadi Timbalan Presiden PAS sebab tidak 'Faqeh'?



Jom kita dengar sendiri apa kata Tuan Guru Nik Aziz tentang kelebihan yang ada pada Timbalan Presiden PAS Haji Mohamad Sabu. 

 Secara sinis, Tuan Guru menempelak mereka yang mahukan orang yang lebih 'faqeh' untuk menggantikan Mohamad Sabu sebagai Timbalan Presiden bila mana pada awal ucapannya, beliau merujuk kepada peristiwa Khalid Ibni Walid R.A yang tidak mengaji agama di mana pun, lebih kurang tiga bulan beliau masuk Islam, tetapi beliau telah dilantik menjadi Panglima Perang! 

"Mat Sabu lama dah...." Kata Tuan Guru yang disambut dengan laungan Allahu Akbar oleh yang hadir. 

 Betapa Tuan Guru Nik Aziz sendiri telah mengiktiraf peranan Mohamad Sabu sebagai 'Panglima Perang PAS' di mana beliau telah aktif dengan PAS sejak beliau sebagai pelajar di ITM lagi.
 Penghargaan yang diucapkan oleh Tuan Guru terhadap penglibatan Mohamad Sabu dalam perjuangan PAS sehingga kini bukanlah rhetorik semata-mata.

 Sekali lagi Tuan Guru menyindir kalangan yang mahu menyingkirkan Mohamad Sabu dari jawatannya sebagai Timbalan Presiden dengan bertanya kepada para hadirin :

"Mana yang lebih baik, Mohamad Sabu atau yang balik dari Azhar, jadi Pemuda Umno?"

 Tuan Guru nampak begitu kagum dan menghormati semangat perjuangan dan pengorbanan Mohamad Sabu yang telah diuji dengan pelbagai ujian termasuk dua kali ditahan ISA.

 Bagaimana pula dengan perwakilan yang akan memilih nanti? Adakah Mohamad Sabu tidak layak? Anda fikirkanlah sendiri dan buat penilaian yang saksama.Selamat Bermuktamar!


al-Husseyn

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.