TEMBELANG SUDAH PECAH !!!!! ... ROSMAH KE QATAR BUKAN URUSAN RASMI DAN MUHYIDDIN YASSIN LULUSKAN PENGGUNAAN JET EKSEKUTIF KERAJAAN KATA AZALINA!!!!!
Pemergian Rosmah ke Qatar bukan urusan rasmi, TPM luluskan penggunaan jet, kata Azalina
Ahli Parlimen Datuk Seri Azalina Othman hari ini mendedahkan bahawa jemputan Datuk Seri Rosmah Mansor ke Persidangan Wanita di Qatar bukan atas urusan rasmi kerajaan sebaliknya jemputan yang dibuat secara peribadi."Jemputan berkenaan bukan berdasarkan daripada kerajaan kepada kerajaan, tetapi lebih secara peribadi," katanya di Parlimen hari ini semasa pembentangan Bajet 2014.
Azalina turut mengakui beliau antara delegasi yang mengikuti Rosmah dalam rombongan tersebut selain mendedahkan Timbalan Perdana Menteri Tan Sri Muhyiddin Yassin adalah individu yang meluluskan penggunaan jet rasmi kerajaan dalam mesyuarat kabinet dan bukannya Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak seperti yang didakwa sebelum ini.
Tambah Azalina, selain beliau, delegasi Rosmah ketika itu terdiri daripada pegawai rasmi kerajaan, media dan wakil daripada badan pertubuhan bukan kerajaan (NGO).
Azalina menjawab kritikan ahli Parlimen Shah Alam, Khalid Samad yang kesal dengan tindakan kabinet meluluskan penggunaan jet rasmi biarpun ia secara terangan adalah salah.
Turut menemani Rosmah, Penasihat Khas Perdana Menteri Datuk Seri Sharizat Abdul Jalil, isteri Menteri Luar Datin Seri Siti Rubiah Datuk Abdul Samad, isteri Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Industri Datin Seri Khamarzan Ahmad Meah dan isteri Menteri Pendidikan II Datin Seri Che Kamariah Zakaria.
Omak Kau!!!
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.