Followers

Wednesday, November 6, 2013

Tangisan Presiden Mursi

Photo: ‎Tangisan Presiden Mursi

DR MURSI DALAM KEADAAN MENANGIS : "MANGSA PEMBUNUHAN DI RABAAH,DARAHKU BUKAN LEBIH MAHAL DARIPADA DARAH MEREKA". 

Seorang peguam yang hadir semasa perbicaraan Presiden Mursi semalam menyatakan bahawa Dr Mursi tidak mengetahui bilangan sebenar angka kematian penyokongnya selepas beliau digulingkan.

Peguam itu berkata: "Dr Mohd Biltaji yang memberitahu Dr Mursi semalam apa sebenarnya yang berlaku di Rabaah dan bilangan yang syahid menyebabkan Dr Mursi menangis bila tahu angka syuhada yang begitu ramai".

Peguam itu menambah: "Dr Mursi berkata kepada Dr Biltaji bila tahu bilangan yang syahid ramai,bahawa darahnya bukanlah lebih rendah nilainya daripada mereka yang telah syahid mempertahankan الشرعية,justeru itu beliau akan terus tetap pendirian hingga nafas terakhir dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dalam mempertahankan الشرعية .

Dr Mursi buat pertama kalinya dapat berjumpa dengan Dr Biltaji,Dr Esom Eryan dan beberapa lagi pimpinan lain dalam kandang tertuduh semalam ketika sama-sama dibicarakan dalam kes tuduhan membunuh pendemo di hadapan Istana Presiden. 

Jelas kelihatan semangat yang cukup tinggi ditunjukkan oleh beliau dan menolak semua permintaan hakim dengan ungkapan "Saya Presiden yang sah".

Sumber : Asshaab.org

p/s : Semasa dalam tahanan Dr Mursi hanya dibenarkan menonton tv 1 Mesir,pastinya tiada berita tepat akan dilaporkan.‎DR MURSI DALAM KEADAAN MENANGIS : "MANGSA PEMBUNUHAN DI RABAAH,DARAHKU BUKAN LEBIH MAHAL DARIPADA DARAH MEREKA".

Seorang peguam yang hadir semasa perbicaraan Presiden Mursi semalam menyatakan bahawa Dr Mursi tidak mengetahui bilangan sebenar angka kematian penyokongnya selepas beliau digulingkan.

Peguam itu berkata: "Dr Mohd Biltaji yang memberitahu Dr Mursi semalam apa sebenarnya yang berlaku di Rabaah dan bilangan yang syahid menyebabkan Dr Mursi menangis bila tahu angka syuhada yang begitu ramai".

Peguam itu menambah: "Dr Mursi berkata kepada Dr Biltaji bila tahu bilangan yang syahid ramai,bahawa darahnya bukanlah lebih rendah nilainya daripada mereka yang telah syahid mempertahankan الشرعية,justeru itu beliau akan terus tetap pendirian hingga nafas terakhir dan tidak akan bertolak ansur sama sekali dalam mempertahankan الشرعية .

Dr Mursi buat pertama kalinya dapat berjumpa dengan Dr Biltaji,Dr Esom Eryan dan beberapa lagi pimpinan lain dalam kandang tertuduh semalam ketika sama-sama dibicarakan dalam kes tuduhan membunuh pendemo di hadapan Istana Presiden.

Jelas kelihatan semangat yang cukup tinggi ditunjukkan oleh beliau dan menolak semua permintaan hakim dengan ungkapan "Saya Presiden yang sah".

Sumber : Asshaab.org

p/s : Semasa dalam tahanan Dr Mursi hanya dibenarkan menonton tv 1 Mesir,pastinya tiada berita tepat akan dilaporkan.
 

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.