[BH] Yan: Pengeluar bihun tempatan, KBB Resources Berhad (KBB) akan
mengambil tindakan undang-undang terhadap pengendali laman blog yang
memburukkan produk keluaran syarikat terbabit sehingga menyebabkan hasil
perniagaan merosot sebanyak 20 peratus.
Pegawai Khas kepada Pengerusi KBB, Ahmad Zaffry Sulaiman, berkata
pihaknya memberi tempoh 14 hari kepada pengendali laman blog ‘Boikot
Barangan DAP’ bagi memohon maaf dan memperbetulkan kenyataan yang
memburukkan produk syarikat itu.
Beliau berkata, pengendali laman blog berkenaan menyiarkan artikel
mengenai barangan yang dikeluarkan syarikat itu yang didakwa sebagai
produk syarikat yang diharamkan di Georgetown, Pulau Pinang.

“Kami adalah syarikat pengeluar bihun terbesar di negara ini dan
mempunyai tujuh cawangan di seluruh negara, malahan syarikat kami
mempunyai sijil halal dan beroperasi dalam kawasan perindustrian.
Bagaimanapun perniagaan kami merosot sebanyak 20 peratus kerana fitnah
blog berkenaan yang mendakwa produk kami di keluarkan kilang
bersebelahan kandang babi dan kilang itu ditutup.
“Lebih mengejutkan, blog berkenaan mendakwa kilang yang ditutup itu
beroperasi kembali dengan nama KBB dan ini adalah fitnah dan kita mahu
mereka menarik balik dakwaan itu,” katanya ketika ditemui di sini,
semalam.
KBB yang disenaraikan di Bursa Malaysia ditubuhkan 20 tahun lalu dan
mengeluarkan kira-kira 30 produk seperti bihun jenama EKA, Ekonomi, Cap
Naga dan Burung Layang-Layang. -3/11/13
Berkaitan:


P/s: Siapa Datuk Sohaimi Shahadan, Pengerusi KBB Resourse? Takkan blogger UMNO tidak kenal Ahli Majlis Tertinggi UMNO ini?
Isu lain yang mungkin terlepas pandang dalam laporan media perdana adalah tentang penarikan sijil halal oleh JAKIM terhadap produk syarikat ini.

Isu lain yang mungkin terlepas pandang dalam laporan media perdana adalah tentang penarikan sijil halal oleh JAKIM terhadap produk syarikat ini.



No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.