Followers

Thursday, November 7, 2013

Siasat Gani bukan buruk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara - OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

Photo: Siasat Gani bukan buruk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara.

OLEH V ANBALAGAN, PENOLONG PENGARANG BERITA

November 07, 2013

Mereka yang mempunyai bukti salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail (gambar) patut membuat laporan polis bukan memburuk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.

"Kita bercakap tentang seorang yang memegang jawatan yang sangat berpengaruh dan pegawai kerajaan yang sangat berkuasa.

"Dia adalah ketua penasihat undang-undang kepada kerajaan yang secara perlembagaannya dilantik oleh Yang Dipertuan Agong setelah dinasihatkan oleh perdana menteri," kata Abu Talib kepada The Malaysian Insider di Kuala Lumpur.

Katanya, siasatan hanya boleh dibuat kalau ada laporan polis.

Abu Talib berkata demikian sebagai mengulas laporan mengenai Tun Dr Mahathir Mohamad memanggil beberapa pihak yang berpengaruhuntuk berbincang di rumahnya di Seri Kembangan Ogos lalu berhubung salah laku ketua peguam kerajaan itu.

Laman web Malaysiakini melaporkan bekas bekas Pengarah Siasatan Jenayah Kuala Lumpur, Datuk Mat Zain Ibrahim dan peguam terkenal Tan Sri Muhammad Shafee Abdullah bertemu bekas perdana menteri itu.

Turut hadir dalam pertemuan dalam suasana hari raya itu adalah bekas setiausaha politik Dr Mahathir, Matthias Chang dan bekas Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Perdagangan, Datuk Ramli Yusof yang melaporkan pertembungan mereka dengan Gani.

Perbincangan itu juga menyentuh dakwaan salah laku Gani termasuk pemalsuan bukti dalam kes Mata Lebam 1998 yang melibatkan Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Semuanya bermula apabila Mat Zain menerima panggilan mengejut daripada Shafee mengajak beliau bertemu di rumahnya pada 10 Ogos lalu.

Selain itu, Dr Mahathir turut membangkitkan isu Gani ketika Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi bertemunya.

Dr Mahathir bertanya Zahid apakah beliau sedar ada dua pegawai pejabat Peguam Negara berasal dari Amerika Syarikat dan mereka adalah agen CIA.

Sehubungan itu, Zahid dikatakan berjanji akan menyiasatnya.

Semua ini disifatkan sebagai usaha untuk mengenepikan Gani daripada jawatan yang dipegangnya sejak 2002 itu.

Abu Talib berkata, jika ada laporan polis, siasatan penuh mesti dibuat.

"Seperti kes lain yang melibatkan pejawat awam, siasatan mesti bebas, adil dan terbuka," katanya.

Abu Talib yang menjadi Peguam Negara selama 13 tahun bermula 1980 berkata, soal pertembungan kepentingan tidak berbangkit kerana kertas siasatan tentang Gani boleh dikendalikan oleh Peguamcara Negara.

"Undang-undang jelas menyatakan, dalam ketiadaan AG, Peguamcara Negara berkuasa penuh dan boleh melaksanakan tugasnya," katanya.

Katanya, semua prosedur perlu dipatuhi kerana negara ini diuruskan dengan undang-undang.

Bagaimanapun, Lawyers for Liberty mempunyai pendirian yang lebih keras dalam kes ini.

Pengasas bersamanya, Eric Paulsen mencadangkan jika kewibawaan Peguam Negara tercalar, perdana menteri patut menasihatkannya meletakkan jawatan.

"Jika ada salah laku oleh Gani, perdana menteri boleh menasihatkan Yang Dipertuan Agong supaya menubuhkan tribunal untuk menyiasat," katanya.

Bagaimanapun, katanya, realitinya intitusi seperti polis, jabatan Peguam Negara dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah tidak bebas daripada campur tangan politik.

"Gani dikaitkan dengan pelbagai skandal termasuk memalsukan bukti. Tetapi sebagaimana orang berpengaruh yang lain, dia sangat rapat dengan kerajaan dan akan dilindungi," katanya.

Katanya, laporan polis ke atas Gani tidak akan membawa kes ini ke mana-mana.

Oleh itu, katanya, meminta Mat Zain atau pihak lain melalui prosedur yang sepatutnya hanya membawa kepada jalan mati.

"Pada masa sama, Dr Mahathir yang sudah bersara, tidak ada apa-apa alasan untuk bekerjasama dengan Shafee kerana dia juga dikaitkan dengan pelbagai skandal," katanya.

Gani, 58, menyertai Jabatan Peguam Negara pada 1980 dan dilantik sebagai Peguam Negara pada 2002.

Peguam Negara yang berasal dari Sabah itu dikritik hebat oleh pembangkang termasuk cara beliau mengendalikan beberapa kes profil tinggi seperti kes pembunuhan Altantuya Shariibuu  dan pembebasan Tun Ling Liong Sik dalam skandal penipuan Zon Bebas Perlabuhan Klang. - 7 November, 2013

The Malaysian Insider.Mereka yang mempunyai bukti salah laku Peguam Negara, Tan Sri Abdul Gani Patail patut membuat laporan polis bukan memburuk-burukkannya, kata bekas Peguam Negara, Tan Sri Abu Talib Othman.( Gambar )

The Malaysian Insider.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.