Followers

Thursday, November 7, 2013

Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

Photo: Laporan siasatan salah laku penjawat awam perlu didedah kepada umum

November 07, 2013

Seorang ahli parlimen mencadangkan laporan siasatan jawatankuasa khas yang ditubuh bagi menyiasat kes salah laku penjawat awam dalam mengurus wang negara seperti yang didedahkan oleh Laporan Ketua Audit Negara 2012, didedah kepada umum apabila siap kelak.

Datuk Ikmal Hisham Abdul Aziz (BN-Tanah Merah) berkata, perkara itu perlu bagi mengelakkan isu terus dipolitikkan oleh mana-mana pihak, selain memastikan tindakan tegas diambil terhadap mereka yang didapati bersalah.

"Saya menggesa tindakan tegas dikenakan terhadap mereka terlibat dan tiada kemaafan harus diberi penjawat yang berbuat demikian yang boleh dianggap pengkhianatan kepada rakyat," katanya semasa membahaskan Rang Undang-undang Perbekalan 2014 di Dewan Rakyat di Kuala Lumpur, semalam.

Dalam pembentangan Bajet 2014 bulan lalu, Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak, berkata satu jawatankuasa khas yang dipengerusikan oleh Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Dr Ali Hamsa akan menyiasat dan mengambil tindakan tegas terhadap salah laku penjawat awam. - Bernama, 7 November, 2013.

The Malaysian Insider.
 
No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.