[AA] KUALA LUMPUR: Kes kehilangan kad pengenalan MyKad dilaporkan terus meningkat.
Mengikut statistik yang dikeluarkan Kementerian Dalam Negeri (KDN) untuk
tahun ini sahaja, sehingga 30 Oktober 2013, sebanyak 565,157 MyKad
telah dilaporkan hilang.
Timbalan Menterinya Datuk Dr Wan Junaidi Jaafar memaklumkan pada sidang
Dewan Rakyat pagi ini, pada tahun 2010 sebanyak 397,079 kes kehilangan
direkodkan manakala bagi 2011 sebanyak 413 068 kes dan 429 137 lagi kes
direkodkan pada 2012.
Antara punca kehilangan MyKad yang dilaporkan adalah menjadi mangsa ragut, kecurian dan penjualan MyKad kepada sindiket.
Sehubungan itu, kementerian katanya sedang menyediakan pelan tindakan
drastik untuk menangani masalah itu yang disifatkan semakin berleluasa.
Wan Junaidi berkata langkah-langkah penyelesaian akan dimuktamadkan
dengan segera dan akan didedahkan selepas menerima pandangan dari
pejabat Peguam Negara. - 20/11/13
P/s: GILA!!!
Duniacacamarba
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.