APA HAL KAU BRO! REMAJA BERTINDAK GILA.... BACA SETERUSNYA
KUALA TERENGGANU - Siapa yang tidak cemas
apabila individu tidak dikenali tiba-tiba muncul dalam kenderaan yang
mereka naiki ketika berhenti dan kemudian dilarikan berpuluh-puluh
kilometer jauhnya.
Itulah insiden yang menimpa dua keluarga yang berdepan detik-detik cemas
selepas kenderaan mereka dilarikan seorang remaja lelaki berusia 17
tahun di Hulu Terengganu dan Dungun petang semalam.
Menurut salah seorang mangsa yang menaiki kenderaan pelbagai guna jenis
Nissan Grand Livina, Abdul Pirhat Karim, 34, ketika kejadian dia dalam
perjalanan pulang ke Kuala Lumpur dari Kelantan bersama adik ipar dan
isterinya yang merupakan anggota polis selepas melawat jenazah nenek
mereka yang meninggal dunia semalam.
Namun ketika berhenti di Hentian Rehat dan Rawat Ajil, Lebuh Raya Pantai
Timur dekat Hulu Terengganu, seorang remaja lelaki bertindak melarikan
kenderaan itu.
Ketika itu dia, isterinya, Che Mastura Che Awang, 31, dan bayinya,
Muhammad Asyraf Ikhwan berusia tujuh bulan berada di dalam kenderaan
milik adik iparnya itu.
"Memang kami sangat takut kerana tidak mengenali pemandu itu. Ketika
kenderaan itu dipandunya, saya sempat tanya remaja itu tentang
asal-usulnya. Dia menyerahkan kad pengenalan dan kad bank kepada saya
sambil berkali-kali mengaku bahawa dia rakyat tempatan.
"Saya simpan kad pengenalan dan kad bank itu dan dia tidak melarangnya.
Tetapi ketika itu dia memandu laju dan saya minta dia bertenang namun
dia tidak dihiraukan," katanya ketika ditemui di Hospital Sultanah Nur
Zahirah hari ini.
Abdul Pirhat dan keluarganya adalah antara penumpang yang cedera selepas
kenderaan dinaiki mereka dilarikan remaja lelaki berkenaan.
Bagaimanapun bayi lelaki mereka kini koma selepas tercampak apabila
kenderaan itu terlibat dalam kemalangan di Dungun.
Menceritakan kejadian itu Abdul Pirhat berkata, sebaik sahaja tiba di
satu kawasan di mana suspek bertindak memberhentikan kenderaan yang
dipandunya, dia segera bertindak memaut leher remaja berkenaan dari
belakang.
"Ketika itu isteri saya menangis dan saya cuba tenangkan dia. Saya
kemudian cuba menenangkan suspek dengan memaut lehernya dan dalam masa
sama saya minta isteri saya melarikan diri tetapi kerana terlalu takut
isteri saya kembali dan duduk pula di tempat penumpang bahagian depan
sebelum perjalanan kami bersambung dan terlibat dalam kemalangan,"
katanya yang masih trauma dengan kejadian itu.
Sementara itu, Che Mastura memberitahu, remaja berkenaan memandu dengan
laju dan secara berbahaya sambil ketawa dan menjerit-jerit.
"Ketika itu saya lihat had laju telah mencecah 160 kilometer sejam
sedangkan jalan gelap dan berliku.
Saya hanya menangis dan berdoa kami
selamat," katanya yang menceritakan kejadian itu kepada Ketua Polis
Terengganu, Datuk Jamshah Mustapa ketika melawat dia dan suaminya di
hospital.
Che Mastura dan Abdul Pirhat berharap orang ramai dapat mendoakan
kesihatan bayi mereka yang masih koma dan kini ditempatkan di Unit
Rawatan Rapi hospital berkenaan.
Mangsa kedua yang dilarikan suspek, Nur Maizura Mustafa Kamal, 18, pula
berkata, ketika kejadian dia bersama bapanya, Mustafa Kamal Bakar, 55,
menaiki Perodua Myvi dari arah Pekan, Pahang untuk bercuti di Air Terjun
Sekayu di Hulu Terengganu.
Ketika kejadian katanya, dia turut membawa ibunya, Habibah Teh, 50,
adiknya, Hazrul Fazli, 14, serta dua anak saudaranya, Nur Anisha Qistina
Khairul Nazri, 5, dan Mohamad Aqif, 3.
"Saya memberhentikan kereta selepas ditahan seorang remaja yang
memaklumkan kononnya ahli keluarganya terlibat kemalangan.
Ketika itu
saya lihat ada mangsa kemalangan dan saya sempat membantu ibu serta bayi
yang cedera berada di tengah jalan raya.
"Namun semasa membantu wanita itu, kereta saya pula dilarikan remaja
yang meminta bantuan tadi dan ketika itu saya hanya berdoa ibu, adik dan
dua anak saudara saya selamat kerana nampak kenderaan itu dipandu
laju," jelasnya.
KENDERAAN Pirhat hancur selepas berlanggar lori muatan tanah. |
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.