KUALA LUMPUR 21 NOV – Pakatan Rakyat (PR) menyokong cadangan bekas
Menteri Kewangan, Tun Daim Zainuddin supaya kerajaan menimbang cadangan
memansuhkan Permit Import (AP) bagi membantu rakyat memiliki kenderaan
pada harga murah.
Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dalam jawapan ringkas menerusi sistem pesanan ringkas berkata, beliau bersetuju dengan kenyataan berkenaan meskipun Daim mengulangi pendirian PR sebelum ini.
“Saya setuju dan sebenarnya Tun Daim hanya mengulangi pendirian kita selama ini bahawa AP perlu dihapuskan untuk mengurangkan harga kereta,” katanya.
Tun Daim dalam laporan media menyatakan kerajaan perlu mengambil langkah positif dalam Dasar Automotif Negara (NAP) yang akan disemak tidak lama lagi supaya menimbangkan kepentingan segmen penduduk yang lebih besar dan bukannya beberapa orang terpilih sahaja.
Syor pemansuhan AP kereta juga turut dinyatakan Presiden Eksekutif Mercedes-Benz Malaysia Sdn Bhd, Roland S Folger.
Folger juga menekankan, pemansuhan AP terbuka tidak akan menjejaskan kutipan cukai kerajaan tetepi dapat meningkatkannya.
Di Malaysia, terdapat 98 syarikat yang mempunyai AP kereta dan PR sebelum ini menganjurkan kempen ‘Turunkan Harga Kereta’ serta menyenaraikan kempen berkenaan di dalam manifesto pilihan raya lalu.
-NFN- Selangorkini

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.