Kuala Lumpur - Sekumpulan 14 warga asing memasuki negara ini untuk
bekerja sebagai tukang cuci dan operator kilang, tetapi menjadi pengawal
keselamatan di premis perniagaan, hotel dan hospital sekitar Jalan Ampang di sini.Kegiatan 13 warga Nepal dan seorang Pakistan yang berusia 20 hingga 54 tahun itu terbongkar dalam operasi Jabatan Imigresen Kuala Lumpur selama tiga jam bermula jam 3 petang, semalam.
Mereka sebahagian daripada 50 pengawal keselamatan warga Nepal yang diperiksa dalam operasi berkenaan.
Penolong Pengarah Bahagian Penguat Kuasa Jabatan Imigresen Kuala Lumpur, James Musa Singa, berkata kesalahan warga asing terbabit ialah menyalahgunakan permit pekerjaan.
“Mereka sepatutnya bekerja sebagai pencuci bangunan dan perkilangan selepas permit kemasukan didaftarkan bagi sektor perkhidmatan, sebaliknya ketika serbuan mereka memakai pakaian seragam pengawal keselamatan dan bertugas mengawasi tempat awam.
Dokumen disimpan majikan
“Ini menjadi kesalahan mengikut Akta Imigresen kerana kelulusan serta kebenaran warga asing untuk menjadi pengawal keselamatan perlu ditapis Kementerian Dalam Negeri,” katanya kepada BH, semalam.
James berkata, ketika pemeriksaan, semua lelaki terbabit tidak memiliki pasport kerana dokumen itu disimpan oleh majikan.
“Apabila kita memeriksa mereka, pengawal keselamatan itu memiliki sekeping surat salinan dokumen perjalanan diri mereka dan ini menyebabkan mereka ditahan untuk siasatan lanjut,” katanya.
James berkata, pihak juga akan mengambil tindakan ke atas syarikat keselamatan kerana pekerja mereka menyalahgunakan permit kerja.
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com/
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.