Wanita
bergelut, tendang peragut Lelaki berusia 21 tahun yang disyaki terlibat
dalam beberapa kejadian ragut sebelum ini berjaya ditangkap dengan
bantuan orang ramai.
JENGKA:
Seorang lelaki berusia 21 tahun terima padah apabila dipukul seorang
wanita ketika cuba meragut beg tangan wanita di Bandar Tun Abdul Razak
Jengka, kira-kira jam 4.40 petang, semalam.
Dalam
kejadian tersebut, wanita dalam lingkungan 30-an itu dikatakan sedang
berada di sebuah kedai menjual barangan kosmetik dan meletakkan beg
tangan di atas meja kaunter untuk melakukan pembayaran.
Secara
tiba-tiba, lelaki terbabit datang dari arah belakang lalu mengambil beg
tangan tersebut sebelum membawa lari ke arah motosikal yang diletak
kira-kira 10 meter dari tempat kejadian.
Mangsa
yang menyedari kejadian itu bertindak mengejar lelaki berkenaan sehingga
berlaku pergelutan sebelum mangsa menjerit meminta tolong.
Pergelutan itu menyebabkan motosikal yang ditongkat tumbang dan mangsa turut terjatuh akibat ditolak lelaki berkenaan.
Mangsa kemudiannya bangun lalu menendang dan memijak beberapa kali di bahagian perut serta dada lelaki terbabit.
Lelaki
yang dipercayai beralamat di sebuah tanah rancangan Felda bukan dalam
daerah Maran itu cuba melarikan diri, namun berjaya ditangkap dengan
bantuan orang ramai.
Menurut
saksi kejadian, orang ramai yang berada berdekatan bergegas ke kedai
berkenaan selepas terdengar jeritan mangsa meminta pertolongan kerana
diragut.
Mangsa
bagaimanapun tercedera dan mendapatkan rawatan di Hospital Jengka dan
menerima tujuh jahitan di belakang kepala selain bengkak rusuk kiri,
melecet bahagian belakang badan serta lebam betis kanan.
Sementara
itu, Ketua Polis Daerah Maran, Pemangku Deputi Superintenden Sulaiman A
Hamid mengesahkan kejadian itu dan kes disiasat di bawah Seksyen 394
Kanun Keseksaan kerana mendatangkan cedera ketika samun tanpa senjata
api.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.