Followers

Sunday, November 3, 2013

Nelayan mogok di Kuala Kedah....??

Nelayan mogok di Kuala Kedah. 
176 buah bot Zon B (menangkap ikan 5 batu nautika dari pantai) di Kuala Kedah telah dilabuhkan sejak 1 November semalam. Ini merupakan 100% dari bot Zon B di Kuala Kedah. Nelayan-nelayan terlibat saya temui di kedai kopi di Pekan Kuala Kedah,seperti dalam gambar.Saya difahamkan di Tanjong Dawai juga 100% bot Zon B nya juga tidak keluar menangkap ikan (45 bot).Ini tentu akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dengan teruknya dan harga ikan melambung tinggi,membebankan semua rakyat.
Pokok masalahnya adalah 2 peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib mulai 1 November 2013:
1) masalah terbesar adalah saiz lubang pukat yang diperbesarkan;dari 25 mm ke 38 mm.Sementara pukat juga dipendekkan dan diperkecilkan dengan ukuran tertentu.
2)bot Zon B tidak dibenarkan samasekali menggunakan khidmat warga asing.Bot Zon C,12 batu nautika atau lebih saja dibenarkan menggunakan krew warga asing.
Pihak nelayan berhujah bahawa saiz lubang pukat yang lebih besar ini akan menyebabkan ikan-ikan kecil yang biasanya ditangkap untuk menjadi baja ikan seperti ketang akan terlepas.Ikan begini merupakan pendapatan penting bot-bot ini juga.Mereka mengatakan ada bot yang telah mencuba menangkap ikan dengan pukat spesifikasi baru ini dan akhirnya rugi.
Mengenai menggunakan warga asing pula,mereka berhujah bahawa adalah amat sukar mendapatkan orang tempatan bekerja di bot mereka kerana terlalu banyak lesen diberikan untuk bot-bot kecil menyebabkan nelayan tempatan habis bekerja di bot kecil masing-masing.
Soalan telah dibuat di Parlimen berkenaan masalah ini namun saya belum melihat jawpan dari Menteri yang berkenaan.Bagaimanapun kita boleh mengagak sebab penguatkuasaan spesifikasi baru pukat itu adalah untuk menjaga supaya benih ikan jangan pupus,supaya hanya ikan yang besar yang telah membenihkan anak-anak ikan saja ditangkap. 
Tentang warga asing bekerja di atas bot itu,memang harapan kita semua semoga pergantungan pada warga asing dikurangkan di semua sektor,atas berbagai sebab yang telah diketahui umum.
Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan,apa langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya muncul situasi menang-menang dalam menangani masalah ini.Kita juga mahu stok ikan dan hasil laut kita sentiasa terpelihara.Dibuka untuk perbahasan. .... 176 buah bot Zon B (menangkap ikan 5 batu nautika dari pantai) di Kuala Kedah telah dilabuhkan sejak 1 November semalam.

Ini merupakan 100% dari bot Zon B di Kuala Kedah. Nelayan-nelayan terlibat saya temui di kedai kopi di Pekan Kuala Kedah,seperti dalam gambar.

Saya difahamkan di Tanjong Dawai juga 100% bot Zon B nya juga tidak keluar menangkap ikan (45 bot).Ini tentu akan menyebabkan bekalan ikan berkurangan dengan teruknya dan harga ikan melambung tinggi,membebankan semua rakyat.

Pokok masalahnya adalah 2 peraturan yang dikuatkuasakan oleh pihak berwajib mulai 1 November 2013:
1) masalah terbesar adalah saiz lubang pukat yang diperbesarkan;dari 25 mm ke 38 mm.Sementara pukat juga dipendekkan dan diperkecilkan dengan ukuran tertentu.


2)bot Zon B tidak dibenarkan samasekali menggunakan khidmat warga asing.Bot Zon C,12 batu nautika atau lebih saja dibenarkan menggunakan krew warga asing.


Pihak nelayan berhujah bahawa saiz lubang pukat yang lebih besar ini akan menyebabkan ikan-ikan kecil yang biasanya ditangkap untuk menjadi baja ikan seperti ketang akan terlepas.Ikan begini merupakan pendapatan penting bot-bot ini juga.


Mereka mengatakan ada bot yang telah mencuba menangkap ikan dengan pukat spesifikasi baru ini dan akhirnya rugi.

Mengenai menggunakan warga asing pula,mereka berhujah bahawa adalah amat sukar mendapatkan orang tempatan bekerja di bot mereka kerana terlalu banyak lesen diberikan untuk bot-bot kecil menyebabkan nelayan tempatan habis bekerja di bot kecil masing-masing.


Soalan telah dibuat di Parlimen berkenaan masalah ini namun saya belum melihat jawpan dari Menteri yang berkenaan.Bagaimanapun kita boleh mengagak sebab penguatkuasaan spesifikasi baru pukat itu adalah untuk menjaga supaya benih ikan jangan pupus,supaya hanya ikan yang besar yang telah membenihkan anak-anak ikan saja ditangkap. 


Tentang warga asing bekerja di atas bot itu,memang harapan kita semua semoga pergantungan pada warga asing dikurangkan di semua sektor,atas berbagai sebab yang telah diketahui umum.


Soalnya ialah apa yang boleh kita lakukan,apa langkah-langkah yang boleh kita ambil supaya muncul situasi menang-menang dalam menangani masalah ini.Kita juga mahu stok ikan dan hasil laut kita sentiasa terpelihara.Dibuka untuk perbahasan. ....

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.