Followers
Sunday, November 3, 2013
Ambiga: Isu '40,000 pengundi Bangladesh' helah Najib - Koh Jun Lin
Bercakap ketika dihubungi Malaysiakini, Ambiga berkata beliau sangat sangsi kerana isu tersebut terus dibangkitkan.
“Saya rasa ia satu helah supaya mereka tidak perlu menjawab dakwaan penipuan piliahn raya lain yang disokong bukti,” katanya.
Ambiga berkata demikian ketika mengulasa kenyataan Najib dalam satu wawancara dengan rangkaian televisyen CNN.
Dalam wawancara itu, Najib diminta mengulas mengenai dakwaan penipuan, membeli undi, pengundian dua kali, pengundi hantu, dan isu sempadan kawan pilihan raya.
Najib menjawab bahawa dakwaan tersebut “secara umumnya... amat tidak berasas” dan memberi contoh dakwaaan mengenai 40,000 warga Bangladesh yang dibawa untuk mengundi, dan menegaskan bahawa ia juga tidak pernah dibuktikan.
Isu berkenaan timbul sejurus selepas pilihan raya umum 5 Mei antara lainnya untuk memperolok-olokkan Pakatan Rakyat.
Perkara itu juga ditimbulkan beberapa kali sejak minggu lalu - ketika Najib membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober dan ketika merasmikan Persidangan Kebangsaan Perwakilan Gerakan pada 26 Oktober.
"Dia tidak menajawab banyak lagi dakwaan penipuan yang disebut (oleh wartawan CNN Christiane Amanpour), seperti membeli undi dan sempadan pilihan raya," kata Ambiga.
Malaysiakini
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.