MasyarakatPenan datang ke Kuala Lumpur untuk membantah tindakan keras polis mematahkan hadangan yang dinaikkan di Murum sebagai bantahan menghalang kerajaan negeri Sarawak untuk membina empangan di tanah adat mereka.
Mereka mendakwa polis bertindak ganas dengan menggunakan polis anti rusuhan (FRU) untuk menggempur bantahan dan menangkap penduduk.
“Mengapa semua ini berlaku seperti ini? Rundingan antara masyarakat Penan dan kerajaan negeri masih berlangsung,” kata penasihat undang-undang kumpulan itu, Abun Sui pagi ini.
Setakat ini, sekurang-kurangnya 10 orang Penan termasuk kanak-kanak ditahan.
Hari ini sekumpulan 13 orang Penan ditemani aktivis berhimpun di luar Bukit Aman untuk menghantar memorandum kepada Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar sebagai bantahan terhadap keganasan polis. –
MENYUSUL LAGI

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.