Kenaikan cukai umpama hukuman, kata Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul
Izzah Anwar.Kenaikan cukai umpama hukuman, kata Ahli Parlimen Lembah
Pantai, Nurul Izzah Anwar.Adakah cadangan kenaikan cukai pintu di Kuala
Lumpur bertujuan menghukum penduduk ibu kota yang mengundi Pakatan Rakyat (PR) dalam pilihan raya umum ke 13 (PRU13)?
Ahli Parlimen pembangkang percaya itulah sebabnya.
Ahli Parlimen Lembah Pantai, Nurul Izzah Anwar dan ahli Parlimen
Segambut, Lim Lip Eng berkata hukuman kepada penduduk Kuala Lumpur sudah
tentu menjadi sebab mengapa cadangan kenaikan cukai pintu dilakukan.
“Apabila bercakap tentang hukuman, saya fikir terdapat terlalu banyak polisi yang diperkenalkan.
“Semua orang harus bangkit dan persoalkan, kita mempunyai pilihan raya
dan mana-mana kerajaan yang tidak menghormati proses demokratik tidak
seharusnya berada di sini” kata Nurul Izzah kepada The Malaysian
Insider.
Dalam PRU13, PR memenangi sembilan daripada 11 kerusi Parlimen yang mereka tandingi di Kuala Lumpur.
Lim berkata, menghukum penduduk Kuala Lumpur adalah sebab kedua Dewan
Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) dan menambah sebab utama adalah “untuk
mencari sumber pendapatan kerana Barisan Nasional (BN) sudah kehabisan
wang”.
“Ya mereka mahu menghukum penduduk KL tetapi ini
hanyalah sebab kedua. Mereka (kerajaan) perlu lebih banyak wang untuk
dibelanjakan,” katanya.
Ahli Parlimen Batu, Chua Tian Chang baru-baru ini berkata, penduduk ibu kota akan menyaksikan kenaikan cukai sebagai hukuman.
“Langkah ini memang kelihatan seperti untuk menghukum penduduk bandar,”
kata Naib Presiden PKR yang dikenali sebagai Tian Chua itu.
Kerajaan perlu fikir beban rakyat, kata Ahli Parlimen Batu, Tian
Chua.Kerajaan perlu fikir beban rakyat, kata Ahli Parlimen Batu, Tian
Chua.Katanya, sama ada benar atau tidak kerajaan mahu menghukum penduduk
kota tidak penting kerana mereka sudah pun menderita.
“Ini
akan menambah beban besar kepada rakyat. Walaupun saya bersetuju dengan
hujah tiada kenaikan cukai pintu sepanjang 21 tahun lalu, sekarang bukan
masa yang sesuai.
“Kajian dan penilaian terperinci perlu
dilakukan terlebih dahulu dan menteri seharusnya mendapatkan maklum
balas rakyat sebelum mengumumkannya,” katanya.
Nurul Izzah yang
turut bersetuju dengan Chua berkata kerajaan seharusnya mengambil kira
bagaimana rakyat Malaysia akan berdepan dengan kenaikan cukai itu.
“Saya tidak fikir kerajaan melihat dengan serius mengenai kebimbangan
Merril Lynch daripada Bank of America bahawa Malaysia akan menjadi
negara miskin menjelang 2013. Ini menunjukkan mereka mahu merealisasikan
ramalan itu,” katanya.
DBKL sudah pun mula menghantar notis
kepada semua pemilik hartanah di Kuala Lumpur untuk memberitahu cadangan
kenaikan cukai pintu di antara 100% dan 1,000%, dan di sesetengah
tempat, lebih tinggi lagi.
Notis tersebut begaimanapun menyatakan, sebarang bantahan perlu dibawa ke DBKL sebelum 17 Disember.
Semalam, Nurul Izzah dan ahli Parlimen PR lain menggesa penduduk ibu
kota untuk membantah cadangan kenaikan cukai itu dengan menghantar surat
bantahan kepada DBKL sebelum tarikh itu.
Naib Presiden PKR itu
berkata, sembilan ahli Parlimen PR dan dua ahli Parlimen BN akan
bertemu Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku
Mansor pada Khamis untuk mencuba mengurangkan kadar kenaikan cukai
tersebut.
“Kami (PR) optmis mengenai perjumpaan tersebut kerana kita mempunyai sokongan daripada rakyat,” kata Lim. – 20 November, 2013.
The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.