Followers

Thursday, November 28, 2013

Kenyataan Media JINGGA 13 Malaysia



 
JINGGA 13 MENDESAK BUKIT AMAN CAMPURTANGAN DEMI KESELAMATAN PENDUDUK KAMPUNG HAKKA, MANTIN.

Jingga 13 mendesak PDRM untuk menyiasat dengan seadil adilnya berkaitan kejadian tembakan di hadapan pejabat pemaju Mega 9 antara jam12 hingga 12.30 tengah malam kelmarin dimana Jurucakap Pemaju mengaitkan insiden tersebut dengan pihak penduduk Kampung Hakka, Mantin, Negeri Sembilan. Jingga 13 amat terkejut dengan kenyataan rambang yang disiarkan di NST 27 November lalu sedangkan siasatan polis masih dijalankan dan pihak pemaju tidak sepatutnya membuat kenyataan menuduh pihak yang lain dengan sesuka hati.

Jingga 13 mempersoalkan mengapakah kenyataan tersebut boleh dikeluarkan dimana ianya dilihat bersifat satu tuduhan fitnah dan mesti disiasat. Jingga 13 mendapati adalah mustahil dan tidak masuk akal tembakan boleh dilepaskan secara terbuka sedangkan waktu itu masih awal dan terdapat ramai orang di sekitar kawasan terbabit yang menjalankan aktviti aktiviti masing masing. 
 
Malah beberapa peniaga di lot lot perniagaan sekitar masih lagi beroperasi dan masih lagi mempunyai pelanggan. Jingga 13 mempertikai tindakan jurucakap tersebut kerana bedasarkan maklumat, ada wujudnya rakaman CCTV dan telah diserahkan kepada pihak polis untuk siasatan. 
 
Maka adalah tidak adil untuk membuat kenyataan tuduhan rambang yang boleh menyebabkan kemarahan dan salahsangka orang ramai khususnya masyarakat yang tinggal sekitar Pekan Mantin. 
 
Dimaklumkan setakat ini, masih belum dikenal pasti berapa banyak tembakan dilepaskan tetapi berdasarkan siasatan awal polis mendapati sekurang-kurangnya lima peluru ditemui di tempat kejadian.

Untuk makluman, setakat ini pihak penduduk Kampung Hakka mempunyai satu Stay Order dari Mahkamah Rayuan dimana pihak pemaju tidak boleh merobohkan mana mana rumah sehingga kes didengar di Mahkamah Rayuan. Jingga 13 berpendapat bahawa insiden tembakan itu seolah olah satu tindakan sabotaj rundingan antara pihak pemaju Mega 9 dengan Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka. 
 
Jingga 13 juga melihat insiden ini sebagai langkah untuk mengurangkan sokongan rakyat kepada penduduk Kampung Hakka dan usaha untuk mengusir penduduk asal keluar dari Kampung Hakka. Oleh itu, Jingga 13 bersama Jawatankuasa Penduduk Kampung Hakka dan NGO NGO yang terlibat mendesak pihak PDRM untuk membuat rondaan keselamatan sekitar Kampung Hakka demi menjamin keselamatan dan kepentingan keluarga penduduk.

Jingga 13 mendesak Bukit Aman untuk masuk campur dalam insiden ini kerana kes ini melibatkan penggunaan senjata api dan disiasat mengikut Seksyen 39 Akta Senjata Api 1960 dan Seksyen 506 Kanun Keseksaan. 
 
Satu pasukan khas harus dibentuk dan menyiasat segala aduan yang pernah dibuat oleh penduduk kampong tersebut. 
 
Ini kerana sebelum ini hak mereka dipandang remeh dan ditindas tetapi pihak IPD Nilai bertindak untuk memihak kepada pihak pemaju dan melakukan tindakan yang mencemarkan institusi polis. 
 
Siasatan yang neutral dan professional serta telus dari pihak Bukit Amana amat dialu alukan demi kepercayaan dan integriti PDRM tidak dipandang hina oleh masyarakat khususnya penduduk Kampung Hakka dan orang ramai sekitar kawasan Mantin, Negeri Sembilan.

Jingga 13 berharap dan percaya satu siasatan yang telus dan adil akan membawa kepada satu penyelesaian antara Pemaju Mega 9 dengan Penduduk Kampung Hakka yang telah dinafikan hak dan ditindas selama ini. 
 
Banyak kenyataan akhbar perdana menyiarkan fakta yang salah dan dilihat tidak peka dan hanya menyiarkan kenyataan yang dikeluarkan Pemaju dan pihak tertentu tanpa merujuk fakta apa yang sebenarnya telah berlaku. 
 
Lagipun bukankah menjadi tanggungjawab pihak polis untuk memastikan keadilan, keselamatan dan keselesaan orang ramai terjamin?

Orenji Ren Oren

Koordinator Penerangan Jingga 13 Malaysia

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.