Followers

Thursday, November 28, 2013

Cukai Pintu DBKL; Kenyataan palsu, Speaker digesa bertindak

 

Tan Sri Pandikar Amin Mulia

KUALA LUMPUR - Pakatan Rakyat mendesak Speaker Dewan Rakyat, Tan Sri Pandikar Amin Mulia menyegerakan tindakan ke atas Timbalan Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Dr. J. Loga Bala Mohan yang didakwa mengeluarkan kenyataan palsu dan mengelirukan berhubung pelaksanaan kenaikan cukai pintu hartanah di ibu kota.

Menurut ahli Parlimen Segambut, Lim Lip Eng, kenyataan menteri dan timbalan menteri terbabit bercanggah sambil mempersoalkan sama ada kerajaan akan menaikkan atau menangguhkan pelaksanaan cukai taksiran baru itu.

"Kita hairan bagaimana Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor dilaporkan media hari ini cukai taksiran itu tetap dilaksanakan mulai 1 Januari depan.

"Sebenarnya yang boleh membuat keputusan itu hanya Datuk Bandar dan bukan menteri atau timbalannya. Jika mereka tidak tahu, baik tutup mulut sahaja," katanya kepada pemberita di lobi Parlimen, dekat sini, hari ini.


No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.