Followers

Saturday, November 9, 2013

Gempar Giler!!! Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Johor Di Tarik Balik Title 'Datuk" Oleh Sultan Johor..Apa Sebenarnya? Jom Terjah!!



JOHOR BAHRU - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menarik balik Darjah Kebesaran Dato’ Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang membawa gelaran ‘datuk’ kepada kepada Ketua Pegawai Eksekutif Yayasan Pelajaran Johor (YPJ) Holdings Sdn Bhd, Hamsan Saringat, berkuat kuasa serta merta mulai Khamis lalu.

Setiausaha Majlis Jumaah Diraja Johor, Datuk Abdul Rahim Ramli berkata, Pingat Ibrahim Sultan II (PIS) yang diterima Hamsan turut ditarik balik dan dibatalkan.

Menurutnya, Hamsan menerima Darjah Kebesaran itu daripada Almarhum Sultan Iskandar Ibni Almarhum Sultan Ismail pada tahun 2005.

“Semalam (kelmarin) Sultan Ibrahim bertitah supaya pengurniaan Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia Pangkat Kedua Datuk Paduka Mahkota Johor (DPMJ) yang diberikan kepada Hamsan ditarik balik dan dibatalkan serta merta.

“Mulai tarikh itu juga, Hamsan kini tidak lagi boleh menggunakan gelaran datuk yang diberikan kepadanya sebelum ini dalam apa juga urusan pada masa depan,” katanya,” pada sidang media di Istana Besar Johor, di sini, semalam.

Meskipun tidak menyatakan alasan penarikan terbabit, Abdul Rahim berkata, keputusan itu dibuat mengikut Fasal 7(2)(f) Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895 dan Fasal 13 Undang-Undang dan Peraturan Bagi Darjah Mahkota Johor Yang Amat Mulia.

Katanya, mengikut Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri 1895, Sultan Johor mempunyai kuasa mutlak untuk menarik balik sebarang pingat dan gelaran yang diberikan sekiranya penerimanya gagal memenuhi atau menghormati tanggungjawab yang diberikan.


“Kurniaan yang diberikan ini tidak kekal kerana penerimanya perlu mematuhi peraturan kerana tugas individu yang memegang gelaran Datuk Johor ini berat termasuk berperanan dalam melantik waris kepada Sultan Johor.

“Mereka yang dianugerahkan gelaran Datuk Johor ini perlu mengangkat Sumpah Syarie di depan Mufti Johor bagi menjamin kemuliaan darjah kebesaran yang diberikan,” katanya.

Hamsan pernah bertugas sebagai Pegawai Daerah Pontian dan Batu Pahat pada 2005 hingga 2006, sebelum dilantik sebagai Pengarah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (Upen) Johor pada 2006.

Beliau kemudiannya dilantik sebagai Ketua Pegawai Eksekutif YPJ Holdings Sdn Bhd pada 2011 hingga kini.

-SinarHarian


**********************************************************
 Komen:



Zar Ali III  Pulak dah....!! Apa nak hairan dengan gelaran Datuk, kalau kita dipihak yang benar, jangan kesah dengan penarikan tersebut.....gelaran Datuk tidak disebut pun semasa Imam membaca talkin dikubur nanti.... dan Nungkar Nangkir pun tidak menyapa kita dengan GELARAN tersebut.... Jangan gundah gulana... biarkan Sultan simpan saja GELARAN itu.....SETUJU SEMUA ??

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.