Bola itu bulat. Kelantangan Khairy Jamaludin di dalam kenyataannya berhubung dengan isu pembangunan bolasepak negara yang melibatkan badan bolasepak FAM dilihat oleh Siti Nurhaliza sebagai kenyataan yang biadab dengan yang lebih tua.
Lupakan Siti Nurhaliza penghibur yang semakin tua itu. KJ selaku Menteri Sukan dikira berani menegur dengan tegas FAM badan sukan yang dikira selama ini cukup kebal dan pantang diusik.
Entah mana datangnya Siti Nurhaliza pula campur tangan. Mungkin sebagai orang Pahang yang mendapat datukship Pahang terpanggil membalas jasa mempertahankan Sultannya yang juga Presiden FAM.
Apa pun KJ tidak perlu khuatir dengan mana-mana Sultan untuk menarik balik title datukshipnya kerana KJ belum lagi termakan budi dengan anugerah datukship. Biar kekal dengan title En KJ, KJ senang bersuara tanpa terikat.
Sesungguhnya barang diingat dibelakang KJ merupakan ratusan anak-anak muda yang rata-rata melihat beliau sebagai pemimpin muda yang ‘charismatic’, kacak dan bijak serta mampu menghayun gelombang pengaruh anak muda yang hebat.
Anak-anak muda hari ini sudah bosan melihat terlalu banyak politiking dan kesultanan di dalam sukan bolasepak kegemaran mereka. Ketika mereka di Oxford dan Cambridge mereka selalu menjulang kegemilangan liga perdana Inggeris, Eropah dan Sepanyol. Tetapi sekembalinya ke negara tercinta mereka mutu sukan bolasepak masih tercorot.
Semoga KJ akan terus lantang demi membangunkan kegemilangan bolasepak negara setaraf English Premier League.
MUMMY ROKIAH
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.