Bolehkah Umno dipercayai lagi ? Umno sinonim, sering dan boleh
dikaitkan dengan penipu. Saban kali penipuan yang dikaitkan dengan Umno
oleh pembangkang. Ia segera dileraikan . Maka akan ada individu yang serta merta membuat penafian segera, termasuklah para cendikiawan yang memandirkan diri mereka. untuk menidakkan Umno bukanlah kaki tipu dan menipu perjuangannya.
Justeru, bukti kelicikan penipuan Umno selama 56 tahun terbenam dengan aksi-aksi lakonan sebelumnya para pemimpin disokong pula media arus perdana mewajahkan perilaku pemimpin Umno sebagai pemimpin masa depan.
Lebih diperkuatkan lagi dengan pelbagai agenda yang muluk, murni dan visi suci atas nama gagasan tranformasi, integiri, wawasan itu dan wawasan ini. Yang mana semuanya melunakkan pemikiran rakyat teramai.
Kini, terserlah terang lagi bersuluh, penipuan Umno sudah sampai tahap kemuncaknya. Kali ini penipuan terhebat adalah sesama mereka (Umno-Umno) dalam memilih kepimpinan peringkat pertengahan dan akar umbi yang berantakan, kecoh, maki hamun, tidak puashati dan pelbagai gelagat dan aksi yang sampai tahap memualkan.
Sehinggakan media milik mereka sendiri tidak tersorok dek gelagat dan perilaku keterlaluan.
Sebelum ini, dengan bongkak , Umno mendakwa DAP tidak teus dan lakukan penipuan dalam pemiliahan CEC mereka tempoh hari. Sehinggakan DAP terpaksa membuat sekali lagi AGM bagi memenuhi tuntutan ROS yang didalangi Umno, bagi memalukan DAP.
Kerja mencucuk dan mengadu domba Umno laksanakan dengan membeli beberapa orang mantan pemimpin DAP untuk menyerang DAP.
Kini pusingan, keaiban beralih dan terpalit ke muka nya sendiri (Umno). Tetapi macam biasalah Umno sudah tidak berperasaan dan ada perasaan. Semua pemimpinnya ibarat macam lembu kenyang. Itukan sebab Isa Samad, menyamakan pemimpin Umno macam pilih durian loggok sahaja.
Buatlah macam mana, katalah sampai mana Umno tetap Umno, mangli dan lali dan tiada perasaan. Cuma yang ada adalah menantinya untuk reput sahaja.
Perantaukita 90.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.