Patutlah KJ Dan Shahrizat Dapat Pertahan Jawatan.. Ini Sebabnya
Posted by Addin Deen.
Kemenangan yang diraih oleh Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil dan Khary Jamaluddin Abu Bakar bukanlah kemenangan mutlak kerana dalam sistem baru "electoral college" bagi pemilihan Umno, tidak kira berapa banyak undi dibuang, ia hanya dianggap sebagai satu undi bagi peringkat bahagian kata penulis blog pro Umno Syed Akhbar Ali.
Beliau yang menggendalikan blog "Outsyed The Box" menyifatkan kemenangan yang diperoleh kedua-dua penyandang Ketua Pemuda dan Ketua Wanita tersebut hanyalah "menang mudah".
"Tidak kiralah banyak mana undi yang diperoleh, setiap bahagian dikira sebagai satu undi."Terdapat 191 bahagian Umno. Jika calon menang 97 bahagian (lebih daripada setengah 191 bahagian), beliau diisytiharkan sebagai menang mudah," kata Syed Akbar, merujuk kepada kemenangan yang diraih oleh Khairy dan Shahrizat semalam.
Penulis blog yang pernah menggelar Datuk Seri Najib Razak sebagai "sewel" itu mahu pengiraan keputusan pemilihan sayap Umno kali ini dinilai menerusi "undi popular", namun malangnya ia tidak dilaksanakan.
"Terdapat banyak perkara yang diselindung dalam Umno. Mereka tidak akan membocorkan undi popular," kata beliau.
Syed Akhbar menerangkan terdapat kira-kira 400 pengundi setiap bahagian dan menggesa pecahan undi kepada empat calon yang menentang Khairy juga sewajarnya dikira bagi melihat jumlah keseluruhan undi popular sama ada memihak kepadanya atau tidak.
"Katakanlah terdapat 500 pengundi di setiap bahagian dan KJ menang 200 undi. Akhram menang 180 undi dan tiga lagi calon menang 40 undi setiap seorang - pengiraan akhir masih satu untuk KJ dan kosong kepada lain."Realitinya, KJ mungkin tewas undi popular.
Jadi apa berlaku kepada undi popular? Adakah KJ dan Shahrizat tewas undi popular?" soal Syed Akbar lagi merujuk kepada pencabar Khairy Akhramsyah Sanusi.
Menyifatkan pemilihan kali ini satu malapetaka, Syed Akhbar berkata Umno ketandusan bakat dan dan tidak mampu mengilap pemimpin yang lebih berkaliber.
"Umno pastinya hadapi malapetaka," katanya lagi.Dalam pada itu, Syed Akhbar juga berkata pemilihan kali ini berkecamuk dan huru-hara kerana pelbagai insiden dan kontroversi yang berlaku sepanjang proses membuang undi berlangsung daripada isu kertas undi hinggalah terdapat mereka yang keliru cara untuk memilih calon pada pemilihan kali ini.
"Ini mungkin masalah merumitkan, mungkin terdapat manipulasi."Apa pun yang berlaku, Umno kini berhadapan malapetaka," katanya.Dalam keputusan pemilihan semalam, Khairy dan Shahrizat berjaya mengekalkan jawatan mereka sebagai ketua Pemuda dan ketua Wanita manakala Mas Ermieyati Samsudin dinobatkan sebagai Ketua Puteri Umno yang baru.
Shahrizat memperoleh 100 undi, Khairy mendapat 97 undi dan Mas Ermieyati dengan 97 undi daripada 191 bahagian dalam pemilihan semalam. ~tmi

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.