Sultan Sulu Jamalul Kiram III (gambar) yang dikaitkan dengan
pencerobohan di Lahad Datu, Sabah dikatakan meninggal dunia awal pagi
tadi.
The Star melaporkan Jamalul Kiram, 75, yang mendakwa dirinya pewaris
kepada kesultanan Sulu dikatakan meninggal dunia akibat kegagalan organ.
Pada Februari lalu, pengikut Jamalul Kiram menceroboh perairan Lahad
Datu, di Sabah dan mengakibatkan pertempuran dengan pasukan keselamatan
negara. - 20 Oktober, 2013.
“My Appah Sultan Jamalul Kiram III telah kembali kepada penciptanya
kira-kira jam 4.00 pagi ini 20 Oktober, 2013," tulis anak perempuannya,
Princess Jacel Kiram-Hasan melalui Facebook.
Jurucakap Kesultanan Sulu Abraham Idjirani berkata, menjelang
kematiannya, Kiram telah mengarahkan dua adik beradiknya agar
bersatu.Kiram telah bercakap dengan Bantilan Sultan Esmail Kiram dan
Raja Mudah Agbimuddin Kiram melalui telefon, kata Idjirani.
“Dia meminta kedua-dua adik beradiknya itu agar berusaha untuk
mengembalikan Sabah kepada orang Filipina," kata Idjirani melalui
telefon interview dengan said in a phone interview, lapor Yahoo News.
Kiram telah menjadi berita utama media Februari lalu apabila pengikutnya
menyeberang ke Lahad Datu, Sabah dan akhirnya bertembung dengan pasukan
keselamatan Malaysia yang berakhir dengan ramai yang terkorban dari
kedua-dua belah pihak.
Ketua dan beberapa ahli kumpulannya telah didakwa di mahkamah.Kerajaan
Malaysia juga sedang memburu adiknya, Raja Agbimuddin Kiram.Idjirani
juga dilaporkan berkata, pihaknya sedia berunding dengan kerajaan
Malaysia dengan syarat ada penyertaan masyarakat antarabangsa.
"Kami percaya kepada Islam di mana kami sentiasa perlu patuh kepada
pencipta kami iaitu Allah," katanya kepada Yahoo Asia Tenggara. ~tmi

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.