DUNGUN
– Ibarat menonton perlawanan tinju, persidangan perwakilan Umno
Bahagian Dungun dicemari dengan insiden pergaduhan melibatkan perwakilan
dan wakil urusetia pemilihan.
Kejadian kira-kira jam 3 petang itu dipercayai berlaku apabila Ketua Urusetia Umno Bahagian, Alias Mamat masuk ke tempat pengiraan undi ahli jawatankuasa (AJK) bahagian untuk membuat pemantauan.
Bagaimanapun tindakan beliau tidak disenangi salah seorang perwakilan yang difahamkan dari kem salah seorang calon ketua bahagian yang dipercayai telah melemparkan kata-kata kesat kepada beliau menyebabkan berlakunya pertikaman lidah.

Suasana lebih panas apabila kedua-duanya masih belum berpuas hati lalu
masing-masing menghampiri antara satu sama lain menyebabkan berlaku
pergaduhan.
Bagaimanapun ketegangan itu berjaya direlaikan beberapa perwakilan yang berada di situ dan keadaan terkawal selepas dua individu berkenaan diarahkan beredar dari lokasi terbabit.

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.