Abu Kassim menegaskan "tiada jerung" yang mereka tidak siasat sekiranya menerima laporan, namun pendakwaan bukanlah di bawah bidang kuasa mereka, sebaliknya Jabatan Peguam Negara.
"Kalau setakai 'pakai kot' kita boleh tuduh, memang sedap. Kita ikut peraturan. Kes PKFZ kita telah tuduh," katanya merujuk kepada bekas Menteri Pengangkutan, Datuk Seri Ong Ka Ting yang telah dituduh di mahkamah terhadap isu Zon Bebas Cukai Pelabuhan Klang (PKFZ).
Abu Kassim turut menegaskan pihak ketua jabatan di setiap kementerian perlu mengambil tindakan terhadap perkara yang dibangkitkan oleh Laporan Audit Negara dengan melaksanakan saranan mereka.
"Kami ni orang luar. Takkan anak dengan bapak bergaduh kami perlu campur tangan," katanya ketika Wacana Sinar Harian bertajuk Laporan Audit: Ketirisan atau Terlepas Pandang di Auditorium Karangkraf, di Shah Alam.
Tegasnya lagi, SPRM tidak mempunyai kuasa apabila sesuatu kes dibawa oleh Laporan Ketua Audit sebelum dibentangkan di Parlimen, namun ketua jabatan tidak mempunyai sekatan.
"Mereka perlu ambil inisiatif itu," katanya.
Ketua Audit Negara juga jelasnya mempunyai kekangan untuk tidak boleh mendedahkan kes-kes berkenaan kepada pihaknya sebelum dibentangkan di Parlimen.
"Kami pun tahu sesuatu isu itu sama seperti rakyat biasa yang lain. Jadi apabila memulakan penyiasatan kami sudah terlambat," katanya.
Selain Abu Kassim, antara panel yang dijemput adalah Ketua Audit Negara, Tan Sri Ambrin Buang; Pengerusi Jawatankuasa Kira-Kira Wang Negara (PAC), Datuk Nur Jazlan Mohamed; dan ahli Parlimen Petaling Jaya Utara, Tony Pua. – 10 Oktober, 2013.
The Malaysian Insider.
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.