Sebuah pesawat komersial terhempas di hadapan sebuah rumah di Kampung Sinsan Kudat hari ini.Menurut Pegawai Bomba dan Penyelamat Kudat, PBK II, Abd Mujun, seramai 16 penumpang berjaya dikeluarkan dari pesawat tersebut dan dua daripadanya cedera parah. - Foto Bernama
KOTA KINABALU
- Sebuah pesawat Twin Otter MASwings mendarat di luar landasan di
Kudat, 190km timur laut dari sini hari ini, dan Jabatan Bomba dan
Penyelamat Sabah melaporkan enam orang cedera, tiga daripadanya parah.
Kenyataan
jabatan itu menyebut 10 orang lagi diberikan rawatan pesakit luar di
Hospital Kudat selepas pesawat itu menjunam di Kampung Sinsan pada 2.54
petang.
Malaysia
Airlines (MAS), dalam kenyataan yang dikeluarkan di Kuala Lumpur,
mengesahkan bahawa Penerbangan MH3002 dari Kota Kinabalu ke Kudat itu
terbabit dalam nahas.
"Tiada kematian dilaporkan setakat ini," menurut kenyataan itu.
Kenyataan
Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah menjelaskan 11 anggota bomba
bergegas ke tempat kejadian selepas dimaklumkan tentang nahas itu.
Menurut
jadual penerbangan MASwings dalam laman webnya, terdapat satu
penerbangan dari Kota Kinabalu pada 2.05 petang yang dijadual tiba di
Kudat kira-kira 40 minit kemudian.
Terdahulu,
Pegawai Perhubungan Awam Jabatan Bomba dan Penyelamat Sabah Mohd
Affendy Ramin berkata di Kota Kinabalu pesawat itu dinaiki 16 orang, dan
menjunam di Kampung Sinsan, Kudat.
"Kesemua
mereka berjaya dibawa keluar dari pesawat dan dihantar ke Hospital
Kudat untuk pemeriksaan perubatan," katanya kepada Bernama.
Punca kemalangan itu masih disiasat, katanya.
Menurut
kenyataan MAS: "Malaysia Airlines akan terus memantau keadaan di lokasi
kemalangan dan memaklumkan perkembangan terkini."
Sementara
itu Anggota Parlimen Kudat Datuk Abdul Rahim Bakri mahu Jabatan
Penerbangan Awam membuat siasatan segera berhubung kejadian itu.
"Saya
difahamkan kejadian berlaku akibat angin kencang ketika pesawat itu
mendarat dan tersasar dari landasan," katanya ketika dihubungi Bernama.
Abdul
Rahim, yang juga Timbalan Menteri Pertahanan, berkata Pejabat Parlimen
Kudat akan mengambil langkah sewajarnya untuk membantu mangsa terbabit. -
Bernama
Kerengga
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.