Followers

Monday, October 14, 2013

Shahrizat, Khairy menang bukti Umno TANDUS BAKAT & SOKONG RASUAH - Oleh Malaysia Chronicle


KUALA LUMPUR - Kemenangan Shahrizat Jalil dan Khairy Jamaluddin telah membuktikan bahawa ahli-ahli Umno mahu kestabilan dan kepimpinan yang 'seimbang' dari sayap kanan parti yang diketuai oleh bekas Perdana Menteri Dr Mahathir Mohamad.

Media BN menyifatkan kemenangan itu sebagai sesuatu yang positif dalam pendekatan berasakan kesederhanaan oleh Perdana Menteri Datuk Seri Najib Razak.

Shahrizat, Khairy menang bukti Umno TANDUS BAKAT & SOKONG RASUAHNamun, ia adalah sukar untuk mengenalpasti siapakah helang dan siapa pula burung merpati dalam Umno kerana dasar utama parti itu adalah untuk mengukuh dan memastikan 'ketuanan' Melayu lebih berkuasa berbanding kaum-kaum lain di negara ini.

Ia sememangnya jelas semasa kepimpinan Najib dalam Umno dan Malaysia, kita telah menyaksikan episode-episod terburuk melibatkan perkauman dalam bentuk buli, ketaksuban agama dan membuli penganut agama lain.

Dan hanya beberapa minggu yang lalu, Najib membelakangi program pembaharuannya sendiri dengan memperkenalkan dasar-dasar baru yang mengukuhkan lagi tindakannya ini yang memberi bantuan ekonomi yang khas kepada orang Melayu dengan tanpa menghiraukan golongan minoriti.

Dia dituduh mengambil langkah drastik itu untuk mengambil hati akar umbi dalam parti dan memastikan panglima-panglimanya, termasuk Shahrizat dan Khairy supaya beroleh laluan yang selamat.

Sokong rasuah, kurang orang berbakat

Pembangkang menyaksikan kepulangan Shahrizat dan Khairy sebagai pengesahan bahawa dasar-dasar rasuah dalam Umno akan terus subur .

Shahrizat, yang telah dipilih semula sebagai ketua Wanita, cukup terkenal dengan skandal kewangan Cow-gate manakala Khairy, yang juga dipilih semula sebagai Ketua Pemuda, popular sebagai penganggur 30-an yang terkaya, sewaktu dia tidak memegang apa-apa jawatan dalam Kabinet.
"Kedua-dua telah kembali kerana persaingan yang sebenar hampir tidak wujud. 

Pesaing mereka terdiri daripada calon-calon yang kurang dikenali. Pertama sekali, ini membuktikan kekurangan pelapis-pelapis yang berbakat dalam Umno. Ia suatu petanda yang merbahaya untuk parti. Kedua, calon-calon yang dipertandingkan seperti Akhramsyah, anak Sanusi, tiada daya penarik. 

Malah, belum pun mereka memegang kuasa, pesaing-pesaing muda ini telah pun menggunakan isu kaum dan agama untuk menang. Mereka tidak diketahui di peringkat nasional dan tidak mempunyai sumber-sumber kewangan seperti Khairy dan Shahrizat," kata naib presiden PKR Tian Chua kepada Malaysia Chronicle.

"Khairy dan Shahrizat juga akan menggunakan isu kaum dan agama apabila diperlukan oleh mereka - Khairy dahulu merupakan pengikut Hisham semasa dia menghayunkan keris sambil mengancam bukan Melayu, jadi 'progresif' apakah yang disebut oleh Khairy? Tentang rasuah pula …ini sememangnya budaya Umno - sama ada Mahathir, Badawi mahupun Najib. 

 Lihatlah angka dalam statistik dan anda akan dapat melihat bahawa rasuah paling banyak berlaku semasa pentadbiran Najib semenjak 5 tahun yang lalu. Shahrizat pula begitu berani dengan secara terbuka berkata siapa orang BN yang tidak mempunyai 'masalah’ ? Ini adalah status quo dalam Umno. Ia bakal mendajalkan Umno dan menjadi tragedi bagi seluruh rakyat Malaysia."

Skandal lembu jadi wanita contoh?

Walau bagaimanapun, gembira dengan kejayaannya, Shahrizat menegaskan dia mahu menjadi contoh kepada sayap wanita.

"Sejak dua tahun yang lalu, kerana tragedi itu saya terpaksa menguatkan semangat, saya membina kekuatan dalaman, saya tahu apa yang saya tidak lakukan – oleh kerana itulah saya terus berusaha agar saya mahu menjadi contoh kepada wanita yang fikir bahawa sudah tiada harapan lagi apabila sebenarnya itu tidak benar, "Malaysiakini melaporkan Shahrizat sebagai berkata.

"Saya mahu mereka fikirkan Kak Ijat. Saya mahu menjadi contoh kepada mereka."

Shahrizat merujuk kepada skandal RM250 juta NFC, di mana suami dan keluarganya telah didakwa pecah amanah. Ramai di Malaysia yakin bahawa keluarganya akan berjaya melarikan diri daripada beberapa sabitan.

Penting juga diambil perhatian apabila Najib telah dikatakan secara peribadi campur tangan bagi pihak Shahrizat dengan memujuk Azalina Othman, bekas Menteri Pelancongan dan Ketua Puteri, untuk menggugurkan diri dari bertanding bagi jawatan Wanita tertinggi.

Antara pencabar Shahrizat ialah Raihan Sulaiman Palestin, seorang pemimpin peringkat akar umbi yang tidak dikenali dan Maznah Mazlan yang pada dasarnya ialah seorang 'pesara’ dan bekas menteri.

“Pemikiran progresif” benarkah?

Bagi Khairy , dia telah menganggap kemenangannya sebagai sokongan ahli untuk “pemikiran progresif".

"Jika kemenangan itu adalah kemenangan yang besar, ia mengesahkan bahawa saya telah berjaya membawa pemikiran progresif yang telah mengalahkan pemikiran konservatif dalam Umno, " kata Khairy.

"Saya melihat pemilihan kali ini sebagai pertembungan antara pemikiran progresif dalam parti dan pihak lawan yang malangnya membawa pemikiran regresif yang mundur . Jadi bagi saya , jika saya berjaya dan (dengan rasminya ) diberi mandat oleh akar umbi , saya rasa ini mengesahkan bahawa pendekatan saya dan pemikiran progresif diterima oleh akar umbi. "

Keputusan tidak rasmi menunjukkan Khairy telah memenangi sekurang-kurangnya 115 dari 191 bahagian , dan besar kemungkinan memperolehi kemenangan yang besar . Umno akan mengeluarkan keputusan penuh dengan rasmi lewat hari ini.

Antara pencabar Khairy ialah Syed Rosli Syed Harman, Akhramsyah Muammar Ubaidah Sanusi, Irwan Ambak Khalid Izhar dan Abd Karim Ali.

Walaupun Khairy bercakap tentang "progresif" , dia enggan mengambil pendirian atau mengulas mengenai kejadian baru-baru ini yang menghalalkan dasar 'tembak dahulu’ yang diucapkan oleh Menteri Dalam Negeri, Zahid Hamidi , dan juga tindakannya memperbaharui Akta Pencegahan Jenayah 1959 yang zalim untuk membolehkan suspek dipenjarakan untuk tempoh yang tidak diketahui tanpa perbicaraan.

[Terjemahan oleh Huzainah A Rani, Malaysia Chronicle]


Malaysia Chronicle

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.