KUALA LUMPUR - Ahli Dewan Negara, Senator Dr Syed Husin Ali
mengemukakan surat bantahan kepada Yang Dipertua Dewan Negara berhubung
beberapa kenyataan dari Datuk Nallakaruppan yang bukan sahaja memburukkan Datuk Seri Anwar Ibrahim tetapi juga melanggar peraturan mesyuarat.Menurut Syed Husin, Nalla ketika berbahas Rang Undang-Undang Pencegah Jenayah (Pindaan dan Perluasan) 2013, pada 9hb Oktober lalu mengeluarkan kata-kata "tuduhan" merujuk kepada Anwar.
Kenyataan itu antara lain berbunyi seperti "Dia hasut semua orang jadi gila macam dia dan hancurkan negara” dan "Saya mahu berucap kaki liwatlah, boleh? Dia memang kaki liwat”.
"Saya membuat bantahan kerana beliau telah mengeluarkan kata-kata yang melanggar Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat Dewan Negara.
"Saya sertakan salinan ucapan beliau sebagai bukti. Seperti yang sangat jelas, semua kata-kata ini bertentangan dengan Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat, Perkara 35(4), (5) dan (8)," katanya dalam satu salinan surat yang dihantar kepada Yang Dipertua Dewan Negara semalam.
Syed Husin berkata, ini bukan kali pertama Ahli Dewan Negara tersebut melanggar peraturan, beliau telah melakukan serupa dalam beberapa Sidang Dewan Negara sebelumnya.
"Saya dapat kesan, Yang Berhormat Yang di-Pertua tidak begitu tegas melaksanakan kehendak Peraturan-peraturan yang tersebut di atas. Itu sebab saya terlanjur menuduh Yang Berhormat Yang di-Pertua sebagai tidak adil.
"Saya minta maaf kerana keterlanjuran ini. Namun demikian saya berharap Yang Dipertua bertindak tegas terhadap siapa-siapa sahaja Ahli Dewan Negara yang melanggar mana-mana perkara dalam Peraturan-peraturan Majlis Mesyuarat," katanya.
Harakahdaily
Artikel Penuh: http://bm.malaysia-chronicle.com
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.